Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, August 16, 2008

Sumpah Saiful: Mengapa di saat Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh?



Isu liwat Anwar kembali rancak apabila is didendangkan kembali semalam. Saiful Bukhari Azlan, bekas pimpinan Aspirasi UNITEN telah melakukan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa beliau diliwat oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sememangnya GMUKM melihat isu ini bukan isu liwat semata-mata, tetapi merupakan isu rasuah dan konspirasi peringkat tertinggi negara, yang melacurkan badan kehakiman dan juga badan penguatkuasa seperti polis. GMUKM sebenarnya ternanti-nanti apakah isu ini akan senyap begitu sahaja walaupun si Saiful ini sudah membuat pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim. Benar telahan GMUKM bahawa isu ini akan kembali hangat 1 hari sebelum Anwar disahkan bertanding di P 44, kerusi Permatang Pauh. Secara logik akalnya, memang ada persamaan antara kedua-duanya iaitu liwat dan Permatang Pauh.

Berbalik pada isu sumpah, sememangnya si Saiful telah melakukan kesalahan besar dan jahil agama dalam isu tersebut. Beliau tidak perlu bersumpah sekiranya beliau diliwati. Cukuplah bawa 4 orang saksi sahaja dan bukannya beliau yang bersumpah. Orang boleh bersumpah dengan nama Allah untuk menghalalkan perkara yang haram. Ia seringkali berlaku pada zaman Nabi S.A.W. Dan dalam kes Saiful, budak Aspirasi yang tak lulus exam dan dihambat keluar UNITEN ini, beliau sebenarnya perlu bersumpah bahawa rekod perubatan di Puspawi tempoh hari adalah palsu. Untuk rekod, laporan perubatan menunjukan bahawa Saiful tidak diliwat oleh sesiapa pun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din turut mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan semalam yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid.

"Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."

"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia, malam tadi.

Kira kira lebih 5,000 membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia untuk menyaksikan foram perdana yang dibarisi tiga ahli panel, Datuk Dr. Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimnen Baling, Ustaz Taib Azamuddin. Forum perdana tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.

"Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?

"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.

Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

Bagi Presiden PAS pula, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

"Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina. Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li'an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

"Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral," tegasnya.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

"Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila," katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini. Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.

Bagi GMUKM, masih ternanti apakah fitnah yang akan datang kepada individu-individu tertentu. Bukan menyokong membabi buta tetapi atas prinsip moral dan kemanusian, tak wajar seseorang mengaibkan sesorang dan menyebarkan ke seantero dunia

* Psst : Ternanti-nanti statement dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dan bapa islam hadhari

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !