Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 16, 2008

Kronologi Perjalanan Dialog Yang Menggemparkan UKM semalam


Seorang 'pengacau' cuba bertindak ganas

PUSANIKA, BANGI : 15 SEPTEMBER – Paras 2 Bangunan Pusanika bergegar dengan laungan keramat Student Power pada malam tadi. Program Dialog dan juga Pidato Umum pemimpin GMUKM telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Walaupun jadual asal serta tempat terpaksa berubah pada saat-saat akhir


6.30 Petang : Mahasiswa-mahasiswa sudah penuh memenuhi Aras 2 Bangunan Pusanika untuk jamuan berbuka puasa dan juga makan malam. Para mahasiswa ada yang datang dengan membawa apa-simbol berkaitan dengan warna ungu, sebagai simbolik kepada sokongan mereka kepada GMUKM


7.00 Petang : Aras 2 Pusanika dipenuhi oleh para mahasiswa dan tidak ketinggalan mahasiswa untuk menikmati juadah berbuka dan makan malam bagi bukan islam. Kelihatan pekerja HEP serta Rosmayu dan juga seperti biasa, pegawai keselamatan berkeliaran di Bangunan Pusanika tersebut. Terdapat pekerja HEP yang cuba mengambil gambar para hadirin yang dilihat cuba sebagai ugutan kepada mahasiswa.


7.20 petang : Laungan azan dialunkan, mahasiswa/I mula menikmati juadah berbuka untuk umat islam dan makan malam bagi bukan islam. Kelihatan Pn. Rosmayu yang cuba membuat provokasi dengan menyuruh mahasiswa berkumpul di Pusanika untuk bersurai. Walaubagaimanapun, mahasiswa/I yang ingin menuntut hak mereka tidak terkesan dengan arahan daripada Pn. Rosmayu itu. Mahasiswa terus meneruskan agenda mereka untuk berbuka puasa di Aras 2 Pusanika tersebut untuk meneruskan agenda mereka yang lebih besar pada malam ini.


8.00 malam : Mahasiswa/I Islam mula menunaikan solat maghrib di Surau PTSL. Bagi bukan islam, mereka ditayangkan dengan tayangan video berkaitan 50 tahun merdeka di DK 203 FSSK. Walaubagaimanapun, satu sabotaj telah dilakukan oleh pihak tertentu yang menutup lampu di Dewan Kuliah tersebut menyebabkan tayangan tersebut tidak dapat dijalankan.


8.30 malam : Pada masa yang sama, mahasiswa islam menunaikan solat Isya’ dan solat sunat Terawih di Surau PTSL.


9.25 malam : Mahasiswa mula berkumpul di Aras 2 Bangunan Pusanika (berhampiran dengan UPSM dan Rakan Muda) akibat ketiadaan bekalan elektrik akibat sabotaj oleh pihak pentadbiran.


9.45 malam : GMUKM sepakat untuk membuat majlis Dialog dan Pidato Umum di Hadapan Aras 2 (Berdekatan dengan Wisma UNIKEB). Majlis dimulakan dengn para mahasiswa menyanyikan lagu Negaraku sebagai pembuka bicara pada malam itu. Seterusnya majlis diserahkan kepada Saudara Kazman Abdullah (Wakil Gerakan Mahasiswa Lantang Negara) sebagai pengerusi majlis pada malam itu. Beliau telah menyeru kepada mahasiswa agar tidak takut dengan provokasi yang dilakukan oleh pihak pentadbiran dan juga Wisma aman. Acara dimulakan dengan para mahasiswa beramai-ramai Ucapan dimulakan oleh Saudari Dhanalatchumi yang menyatakan bahawa Mahasiswa sekarang masih tertindas dengan penindasan-penindasan yang dicipta oleh pentadbiran. Beliau turut menyatakan bahawa AUKU masih menindas mahasiswa tanpa memberikan kebebasan mutlak kepada mahasiswa.


Pidato diteruskan oleh Saudara Firdaus Mukhtar Al-Hafiz, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Pengajian Islam yang menyatakan bahawa pemilihan MPP perlu dipilih oleh pemimpin yang berlandaskan islam. Yang tidak korup dan bukan melakukan penyelewengan untuk periuk nasi mereka hatta di peringkat Universiti sekalipun.


Pidato ketiga diteruskan oleh Saudara Teoh Lee Keng, wakil GMUKM. Beliau menyatakan bahawa sekiranya undang-undang adil, mengapa perhimpunan pihak lain (Aspirasi) tidak dikacau dan diganggu seperti perhimpunan GMUKM. Sepatutnya pengawal keselamatan wajar menangkap mereka-mereka yang telah menjatuhkan rangking Universiti dan juga menyebabkan UKM terpinggir daripada dipilih sebagai Universiti Apex baru-baru ini.


Meneruskan pidato pada malam yang penuh bersemangat itu diteruskan oleh Saudara Ahmad Farhan Yusoff, yang banyak menyentuh tentang kebajikan mahasiswa. Dengan mempertikaikan kenapa yuran Alumni yang dikenakan ke atas semua pelajar sebanyak RM 50, juga tentang yuran elektrik sebanyak RM 25. Beliau yang juga merupakan Ahli MPP turut dengan sinis menyatakan bahawa mungkin selepas ini, akan kedengaran tentang yuran tingkap, tilam dan pelbagai lagi yuran yang tidak masuk akal. Dengan tegas, beliau menyatakan bahawa GMUKM akan membawa politik nilai, dan bukannya politik sempit perkauman ataupun politik kepartian.


Majlis diteruskan dengan sesi dialog antara pemimpin GMUKM dan juga mahasiswa yang hadir. Soalan pertama ditanyakan oleh Saudara Amar yang membangkitkan isu kenapa perhimpunan GMUKM dihalang pada malam ini. Soalan ini kemudiannya dijawab oleh Saudara Farhan Yusoff yang menyatakan bahawa kita berhimpun atas dasar kebebasan mahasiswa, bukannya untuk menganggu keamana UKM itu sendiri.


Soalan diteruskan oleh Saudara Hisham Abdullah yang membangkitkan soal kebebasan bersuara oleh mahasiswa. Soalan ini dijawab oleh Saudara Teo Lee Ken yang menyatakan bahawa jelas AUKU tidak terpakai kepada mahasiswa kerana mengongkong kebebasan asasi mahasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Selepas itu, Saudara Fikah Sanusi bertanyakan tentang mengapa Pihak Pentadbiran tidak memberikan kelulusan untuk perhimpunan ini. Jawapan ini dijawab oleh Saudara Farhan Yusoof yang menegaskan bahawa sekiranya pihak Aspirasi membuat dialog seperti ini, sudah pasti ia akan berjalan lancar.


Pertanyaan akhir ditanya oleh Saudara Kumar yang bertanyakan apakah langkah GMUKM dalam membela kaum Cina dan India. Saudara Farhan Yusoff menjawab pertanyaan ini dengan menyatakan bahawa GMUKM melangkaui semua kaum, tidak hanya melayu sahaja. Nasib kaum-kaum lain akan kita bela mereka tanpa ada diskriminasi dan juga pilih kasih.


Majlis Dialog dan Pidato Umum berakhir pada jam 11.00 malam. Kehadiran mahasiswa pelbagai kaum jelas menunjukkan bahawa GMUKM telah membuka semua kaum bahawa GMUKM bukan bersifat perkauman. Kelihatan kehadiran wakil PMUKM oleh CCC yang kelihatan ingin lompat parti. Majlis bersurai dengan nyanyian lagu Varsiti Kita dan laungan Student Power oleh mahasiswa. Sebelum pulang, mahasiswa islam telah menadah tangan untuk berdoa seketika yang telah dipimpin oleh Saudara Idris Yusoff. Walaupun ada provokasi daripada pihak pengawal keselamatan yang dilihat ‘terpaksa’ menjalankan tugas mereka, jelas bahawa perhimpunan itu dapat berjalan dengan lancar dan mahasiswa dapat bersurai dengan aman tanpa sebarang penangkapan oleh pihak keselamatan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !