Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 10, 2008

GMUKM Desak Agar PRK dijalankan pada tahun ini




Khabar bertiup kencang bahawa Pilihanraya Kampus (PRK) terutamanya di lembah Klang termasuk di Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan dilangsungkan pada bulan Januari tahun hadapan.

Dan berita terbaru bahawa Pilihanraya Kampus Univrsiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) akan dilangsungkan pada 17 Oktober ini manakala di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, telah berlakunya pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar pada 2 Oktober lalu.

Di UKM, tiada apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) akan dibubarkan dalam masa terdekat ini. Sekiranya sumber yang diperolehi oleh Harakahdaily menunjukkan bahawa Pilihanraya Kampus akan dibuat dua peringkat iaitu pada 16 Oktober bagi sembilan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan selebihnya akan diadakan pada bulan Januari akan datang, maka Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menentang keras pencabulan demokrasi oleh pihak Pengajian Tinggi ini.

Hal tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron dalam suatu mesyuarat bersama Timbalan-timbalan Naib Canselor pada 6 Oktober lalu.

Amat malang sekiranya kata-kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Idris haron bahawa PRK perlu dilaksanakan secara senyap-senyap dan disorok daripada pengetahuan media kerana ia telah membunuh roh demokrasi di Kampus.

GMUKM ingin bertanyakan kepada Menteri bertanggungjawab, Kementrian Pengajian Tinggi, Hal Ehwal Pelajar sendiri mengapa perlu ada diskriminasi dalam pelaksanaan Pilihanraya Kampus?

Adakah kerana untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa terutamanya di lembah Klang?

Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Dato’ Seri Khaled Nordin terhadap isu ini agar mahasiswa tidak lagi tertipu dengan helah dan permainan licik golongan ’bukan mahasiswa’.

Jurucakap GMUKM yang mewakili mahasiswa India, Saudari Danaletchmi yang menyatakan kekesalan atas sikap berdolak-dalik Kementrian Pengajian Tinggi dan Universiti dalam isu tarikh Pilihanraya Kampus ini.

” GMUKM hairan mengapa mahasiswa menjadi mangsa kepada percaturan politik luar dalam memenangkan anak emas mereka iaitu Aspirasi dalam PRK pada tahun ini,”katanya.

Ujarnya lagi, ”PRK wajar disegerakan kerana mahasiswa perlu ada satu pilihanraya untuk tahun 2008 dan bukannya hanya menyertai PRK pada tahun 2009 sahaja”

” Pilihanraya Kampus ibarat benih demokrasi yang perlu disemaikan segera ke dalam jiwa mahasiswa dan pelaksanaan PRK sebelum tahun hadapan akan membolehkan mahasiswa yang akan tamat pada hujung tahun ini dan juga mahasiswa tahun satu untuk menikmati udara demokrasi di dalam kampus,” katanya yang juga merupakan aktivis Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa India (JKMI), salah satu pertubuhan gabungan dalam GMUKM.

” Penundaan tarikh PRK kepada tahun hadapan sebenarnya amat merugikan mahasiswa yang terpaksa melanjutkan lagi penderitaan kerana dipimpin oleh pihak Aspirasi yang ternyata gagal menjaga kebajikan dan beban ekonomi mereka. Di UKM sendiri, perletakkan jawatan Timbalan Presiden PMUKM dan juga Presiden yang bukan lagi bergelar mahasiswa, menunjukkan bahawa tiada kepentingan kepada PMUKM-Aspirasi untuk terus mendominasi kabinet MPP UKM lagi,’’tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Pengerusi Gabungan Mahasiswa (GMUKM), Hishamuddin Abdullah pula, GMUKM sekata dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam menyatakan bantahan tehadap penundaan tarikh PRK kepada tahun hadapan.

Beliau berkata penundaan tarikh PRK tanpa alasan yang kukuh daripada pihak berwajib telah memberikan persepsi negatif terhadap kredibiliti Menteri dan Kementrian serta Universiti sendiri.

” Masyarakat Malaysia akan mentertawakan kita semua apabila melihat tindakan keanak-anakan kita menyekat penjalanan demokrasi mahasiswa di Intitusi Pengajian Tinggi Tempatan”katanya.

” GMUKM menggesa agar Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar yang dipengerusikan oleh Dato’ Wahid Shamsuddin sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) agar mengadakan segera Pilihanraya Kampus di UKM selewat-lewatnya sebelum 20 Oktober ini’’

” Tiada alasan untuk pihak TNC HEPA untuk berdolak-dalik dalam pelaksanaan PRK ini kerana jelas dalam peruntukkan Seksyen 34 (7) Statut Universiti Kebangsaan Malaysia 1992 yang menyatakan bahawa pemegang-pemegang jawatan dalam badan pelajar hendaklah dipilih selama satu tahun sahaja,’’katanya.

Statut UKM adalah termasuk perlembagaan rasmi UKM sendiri yang mengandungi peruntukkan tentang keperluan kewujudan pilihanraya Kampus dan juga tempoh masa seseorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar itu berkhidmat.

Jelasnya lagi bahawa di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti sendiri menyebut bahawa jawatan Majlis Perwakilan Pelajar hendaklah dipegang selama satu tahun sahaja.

” Perkataan ”hendaklah” di sini bermaksud satu klausa penamat (final outclause) yang mewajibkan MPP dibubarkan secara automatik selepas memegang jawatan selama satu tahun,”ujarnya.

Menurut Hishamuddin lagi bahawa sekiranya Parlimen wajib dibubarkan dalam tempoh lima tahun selepas pilihanraya umum, mengapa parlimen kecil iaitu kabinet MPP tidak boleh dibubarkan selepas setahun berlangsungnya PRK yang untuk rekodnya telah berlangsung pada 2 Oktober tahun lalu.

” Atas semanagat bahawa Perlembagaan Persekutuan lebih tinggi daripada peraturan Universiti, maka pihak Kementrian Pengajian Tinggi dan Universiti perlu mengikuti semangat demokrasi perlembagaan kita agar wajib mengadakan pilihanraya Kampus pada bulan Oktober ini juga sama seperti terbubarnya Parlimen apabila mencapai genap 5 tahun berlangsungnya Pilihanraya Umum,” tegasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !