Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 23, 2008

GMUKM lapor kepada SUHAKAM Kezaliman Pegawal Keselamatan UKM


JALAN TUN RAZAK, 23 OKTOBER – Satu penyerahan memorandum telah diserahkan kepada Pejabat SUHAKAM pada jam 3.00 petang di ibu pejabat SUHAKAM di ibu negara.

Satu sidang media telah dilakukan selepas penyerahan memorandum tersebut. Menurut Saudari Danaletchumi,”Penyerahan memorandum dilakukan atas faktor kebiadapan Pengawal Keselamatan semasa perhimpunan mahasiswa di hadapan DECTAR pada 17 Oktober lalu,” katanya di hadapan ramai wartawan yang hadir.

Turut membuat penyerahan memorandum ialah Saudara Song Yong daripada UPM dan Saudara Farid daripada UKM. 2 laporan polis telah dibuat terhadap tindakan ganas pengawal keselamatan tersebut. Satu laporan perubatan menunjukkan kesan calar dan lebam akibat pukulan dan hayunan tangan oleh pengawal keselamatan pada hari kejadian.

Dalam sidang media tersebut, terdapat 3 tuntutan utama yang dikemukan iaitu :

1) SUHAKAM perlu menyiasat tuntutan yang diberikan oleh mahasiswa dan perlu menubuhkan sebuah tribunal khas terhadap perkara itu.

2) Mendesak pihak polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan bukannya siasatan terpilih

3) Menuntut pihak UKM menghukum pengawal yang terlibat dan mereka ini perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Penyerahan memorandum tersebut telah diberikan kepada Pesuruhjaya SUHAKAM, Dr. Chiam Heng Keng tepat jam 3.00 petang.

1 comments:

ukm boy said...

Kezaliman Pegawal Keselamatan UKM??? no la, i juz feel they are good cos last time i lost my motorcycle, pegawal keselamatan UKM help me 2 get it back.... wat i know is GMUKM do the illegal meeting in the ukm, and the ukm guard juz do their job 2 stop it only.... GMUKM,if wan do a meeting, use the proper way 2 do it, dun juz know complain... behave urself la......

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !