Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, October 18, 2008

Hak Mahasiswa..Siapa Yang Boleh Menghalang??



Amat menakjubkan melihat sekumpulan 500 mahasiswa menyerahkan memorandum serahan secara tangan kepada Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Walaupun agak kecoh dengan kehadiran Pengawai Keselamatan yang bertindak melampaui kuasa.

Walaubagaimanapun, penyerahan memorandum berjaya dilaksanakan dan ia menjadi simbolik kepada tuntutan mahasiswa sebelum ini yang inginkan satu pilihanraya yang adil dan telus. Dengan bepakaian hitam sebagai lambang bahawa demokrasi kampus sudah mati, dan penyerahan bunga putih sebagai harapan mahasiswa untuk mensucikan kekotoran pilihanraya kampus, tuntutan mahasiswa semalam telah berjaya menghiasi liputan banyak dada-dada akhbar hari ini.

Paling menarik, kenyataan Khaled Nordin dalam akhbar Sinaran Harian pada hari ini, 18 Oktober (Halaman 7), dipetik sebagai berkata :

Ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku ketika kumpulan pelajar berkenaan cuba menyerahkan memorandum tersebut, Mohamed Khalid Nordin memberi jaminan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Jelas bahawa frasa tidak akan mengambil tindakan dilihat sebagai jawapan kepada tekanan suasana dari mahasiswa yang inginkan PRK yang adil dan adil. Sekiranya KPT mengambil tindakan, ia akan menyalahi prinsip kebenaran yang sama diberikan kepada pelajar UiTM untuk berdemontrasi pada 12 Ogos yang lalu.

Sedikit imbas kembali ingatan kita semua, perarakan pada pagi 12 Ogos itu dikatakan untuk menyerahkan memoramdum kepada Menteri Besar Selangor kerana telah mengeluarkan kenyataan bahawa UiTM perlu membuka 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera dan pelajar asing.

Dikatakan seramai 3,000 orang pelajar telah bersama di dalam perarakan tersebut dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris yang dipetik sebagai berkata, perarakan yang diberi nama “Perhimpunan UiTM Di Hatiku” akan menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau turut menyatakan bahawa mereka telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah malam tadi (11 Ogos) bagi memaklumkan tindakan mereka dan pengurusan tidak menghalang MPP untuk mengambil langkah sedemikian.

Ini satu tindakan yang tidak boleh diundur lagi. Yang menjadi sejarah kepada mahasiswa untuk melakukan demontrasi aman, bagi menyatakan tuntutan mereka terhadap hak asasi yang dijamin oleh undang-undang negara kita. Perhimpunan " Salah percaturan UiTM” ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada mahasiswa di Malaysia yang berani untuk turun padang untuk menyatakan pendirian mereka terhadap perkembangan yang berlaku dalam hal kampus.

Sekiranya demontrasi UiTM dilihat sebagai satu cara membela kerajaan memerintah yang secara jelas terlibat dengan politik luar, mengapa perhimpunan mahasiswa semalam tidak diklafikasikan sebagai perjuangan politik kepartian? Jawapannya kerana mahasiswa semalam menuntut hak dalam PRK, yang merupakan isu kampus. Bukannya isu UMNO, PAS, PKR, DAP, MIC mahupun SAPP. Setidak-tidaknya, pihak Aspirasi tidak boleh menyebar fitnah bahawa perhimpunan 17 Oktober (semalam) sebagai perhimpunan haram mahasiswa, yang boleh mencemarkan kesucian mahasiswa. Pihak Aspirasi tidak mempunyai alasan yang kukuh lagi untuk mendakwa perkara tersebut. Sebenarnya, mahasiswa telah berjaya membuka mata rmenteri, KPT, HEP dan rakyat sendiri bahawa golongan mahasiswa masih berperanan dalam membetulkan apa jua yang mereka rasakan tidak kena pada tempatnya.

Lebih menarik, perarakan ini tidak menghadirkan satu pun berita bahawa ada mahasiswa yang tertangkap. Kesimpulan yang boleh dibuat, piahk KPT dan HEP teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana diekori bayang-bayang perhimpunan haram penuntut UiTM yang direstui oleh Naib Canselor UiTM itu sendiri. Meraka takut akan didakwa berat sebelah sekiranya mengambil tindakan kepada mahasiswa yang hadir pada perhimpunan 17 Oktober. Apa yang perlu kita terima hakikat, benarlah pepatah melayu menyebut bahawa terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata-kata dan persetujuan (kenyataan Khaled Nordin dan NC UiTM), tidak boleh diundur lagi. Selamat meneruskan perjuangan bersuara semua mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !