Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, October 11, 2008

Kenyataan Akhbar...Statement Presiden PMUKM bercanggah dengan konsep mahaiswa non partisan


Perubahan persekitaran politik negara ketika pilihan raya umum tujuh bulan lalu lalu bakal membawa kesan ke atas pilihan raya kampus atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini?

Pilihan raya kampus, yang sebelum Aidilfitri dikatakan akan diadakan minggu depan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, kini telah diubah tarikh ke Disember ataupun awal tahun depan.

mStar Onlineketika menghubungi beberapa wakil pelajar memaklumkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk mengadakan pilihan raya pertengahan bulan ini iaitu minggu depan.Bagaimanapun maklumat terkini, diperoleh semalam, ia kini ditunda ke hujung tahun ataupun awal Januari.

Pun begitu, perubahan aliran pemikiran pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan dilihat berkemungkinan didorong oleh pentadbiran kerajaan negeri khususnya bagi negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Bagi Yang Dipertua MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Zaid Mohd. Idrus, beliau mengakui senario politi kampus di universiti itu menerima kesan daripada keputusan pilihan raya pada 8 Mac lau.

“Walaupun pentadbiran MPP yang ada kini sentiasa memperjuangkan aspirasi kerajaan, namun saya dapat lihat wujud juga kumpulan pelajar yang seakan menentang apa yang cuba kita lakukan,” katanya.

Menurutnya, beliau yakin pilihan raya kampus yang dijadual dalam bulan ini bakal menyaksikan persaingan antara pemimpin pelajar yang akan terus membawa aspirasi kerajaan sebagai asas kepimpinan dan kumpulan pelajar yang membawa ideologi parti politik dari luar kampus.

UKM terletak dalam negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.Bagaimanapun beliau berharap persaingan yang bakal wujud itu biarlah satu persaingan yang sihat demi kepentingan mahasiswa dan seluruh warga universiti.– mStar

Daripada keratan Akhbar Internet di atas, jelas bahawa Apirasi sememangnya mengamalkan politik sempit kepartian dengan menyatakan mereka sentiasa memperjuangkan aspirasi kerajaan dan ini kenyataan keluar daripada si Zaid, Presiden PMUKM kita.

Sememangnya terbukti bahawa PMUKM Aspirasi sentiasa perjuangkan politk kepartian apabila menyembah kepada kerajaan Barisan Nasional. Dan ini jelas melanggar prinsip mahasiswa yang perlu non partisan. Juga melanggar AUKU sendiri yang selama ini diagung-agungkan oleh Aspirasi.

GMUKM ingin menasihati Zaid Idrus agar berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana ia akan mendedahkan pembohongan anda selama ini.

Bagi kebimbangan Aspirasi terhadap kemunculan GMUKM menyaingi mereka, sememangnya GMUKM bertekad untuk menjadi kerajaan PMUKM pada PRK kali ini. Kami akan melawan habis-habisan untuk menduduki Aras 3 Bangunan Pusanika itu. Perlu diingatkan kepada Zaid dan rakan-rakan, bahawa kita akan beradu secara anak jantan. Janganlah gunakan HEP sebagai tulang belakang anda. Kami di peringkat GMUKM menyeru kepada Aspirasi dan rakan-rakan beliau untuk bertanding satu lawan satu dalam Pilihanraya Kampus kali ini. Tiada gunanya PRK sekiranya golongan bukan mahasiswa terus mencampuri urusan PRK ini. Justeru, biarlah kita sama-sama bertempur antara mahasiswa dan mahasiswa dan biarlah pengetua-pengetua kolej, atau pihak pentadbiran memikirkan soal lebih besar lagi..iaitu soal menjadikan UKM sebagai Universiti ke 50 terbaik di dunia pada 2020 nanti.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !