Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 20, 2008

Mahasiswa UPSI Buang Undi Esok




Tanjung Malim, 20 Oktober – Sekiranya kampus lembah Klang masih sunyi daripada gelombang pilihanraya Kampus, situasi berlainan di di Universiti Perguruan Sultan Idris apabila tanggal 21 Oktober, bermulanya episod demokrasi di Universiti yang banyak lahirkan guru itu. Sepanjang proses kempen pilihanraya kampus dijalankan hingga semalam, banyak pendedahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Blog-blog informasi yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang menunjukkan bahawa proses demokrasi di sini dilihat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Terdapat juga kempen secara konversional seperti pemasangan ‘banner’ dan ucapan umum untuk menarik undi. Walaubagaimanapun, PRK UPSI tidak lari membicarakan soal penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi (Seperti biasa). Antaranya ialah :

Kes akaun MPP Aspirasi Sesi 06/07

Menurut pendedahan dari blog informasi UPSIkini, antara isu paling hangat diperkatakan pada kempen kali ini adalah berkaitan penyelewengan akaun MPP berjumlah RM36000. Bukannya jumlah yang sedikit penyelewengan yang dilakukan ini. Isu yang dibangkitkan pada PRK yang lalu kini dibangkitkan semula untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak yang berkaitan. Akaun yang didakwa sebagai tidak diaudit tersebut disertakan dengan salinan buku akaun yang menunjukkan antara lain pengeluaran wang sehingga RM21050.00 dalam masa 3 hari. Satu jumlah yang besar dikeluarkan dalam waktu yang singkat.

E-mel yang diterima oleh pihak UPSIkini pula menunjukkan rata-rata mahasiswa mahukan penjelasan mengenai isu tersebut. Pendedahan berikutnya oleh UPSIkini adalah ’senarai’ individu (kini calon PRK) yang dikatakan sebagai anak didik mereka yang pernah membuat penyelewengan tersebut.

Kualiti dan Kebajikan

Cogan kata calon yang bertanding pada PRK kali ini menunjukkan ada persamaan di antara beberapa individu. Cogan kata yang kerap disuarakan ialah ‘kualiti’ dan ‘kebajikan’. Kedua-dua cogan kata ini menunjukkan pola perbandingan bahawa wujudnya dua kumpulan dalam pilihanraya kampus kali ini. Calon-calon yang tidak menggunakan antara dua cogan kata ini dikatakan sebagai calon bebas, menurut sumber blog informasi UPSIkini.

Sumber UPSIOnline pula menyatakan memang terdapat dua kumpulan dalam pemilihan kali ini. Kumpulan tertentu dikatakan berkelakuan kurang sopan apabila calon yang bukan dari kalangan kumpulan mereka mula berkempen dengan ucapan.

Sebelum itu, terdapat tegahan daripada Naib Canselor UPSI yang menegah mana-mana pihak untuk melabel mana-mana calon sebagai calon Pro Aspirasi atau bukan Pro Aspirasi bagi Pilihanraya Kampus pada kali ini.

Pembuangan undi yang dijadualkan esok dengan kempen-kempen terakhir daripada calon-calon yang dijadualkan berakhir pada 12 tengah malam ini. Terdapat rapat umum calon fakulti dan calon umum yang dilakukan di Kolej Aminuddin Baki dan juga Kolej Harun Aminurrashid. Kempen yang bermula pada 16 Oktober itu akan genap 5 hari dan berakhir malam ini. GMUKM berharap agar kemenangan akan berpihak kepada pihak yang menjadi pengampu kepada mahasiswa, bukannya pengampu kepada golongan bukan mahasiswa yang tidak faham akan situasi dan kondisi mahasiswa itu sendiri. Semoga kemengan mahasiswa yang condong kepada mahasiswa, akan memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa di UKM untuk melakukan perubahan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !