Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, October 5, 2008

Penubuhan Jawatankuasa Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi wajar disegerakan


Oleh : Hazman Abdullah

BANGI - ‘‘Jawatankuasa Tatatertib Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi perlu ditubuhkan segera bagi menyelesaikan isu berbangkit tentang penyelewengan dan penindasan yang dilakukan oleh Kelab Aspirasi di Kolej-Kolej Kediaman Univesiti Kebangsaan Malaysia”

Demikian kenyataan rasmi Setiausaha Kerja Pengerusi Gabungan Mahasiswa (GMUKM), Hishamuddin Ali berkaitan tuntutan pemansuhan kelab Aspirasi yang bertapak kukuh di 12 Kolej Kediaman.

Menurutnya, Kelab Aspirasi yang ditubuhkan pada tahun 2002 jelas terlibat secara aktif dalam dalam Pilihanraya Kampus (PRK) saban tahun dan sentiasa menghantar calon tajaan daripada kumpulan mereka sendiri serta turut bertindak sebagai jentera operasi PRK dalam memenangkan calon Aspirasi.

‘‘ Budaya penyemaian jenama Aspirasi yang didoktinkan kepada mahasiswa untuk mengundi mereka dalam Pilihanraya Kampus (PRK) adalah satu budaya yang wajar dimansuhkan. Aspirasi, yang di sebalik tabirnya adalah Kelab Aspirasi wajar berdemokrasi secara anak jantan dan janganlah gunakan platform rasmi untuk mempengaruhi mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun satu,’’ katanya dalam satu kenyataan media kepada Siasah.

Jelas Hisyamuddin lagi, penubuhan Kelab Aspirasi amat bertentangan dengan Seksyen 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2006) yang melarang mana-mana pertubuhan menyatakan sokongan atau bantahan kepada parti politik. Hal ini kerana pernah berlaku satu kes yang mana Kelab Aspirasi ini telah menjemput Ahli Politik UMNO untuk memberi ceramah politik kepartian UMNO dan cuba memainkan sentimen perkauman sempit.

‘‘ Bagi mahasiswa yang perlu mempunyai sikap non-partisan dan mengamalkan politik nilai, mereka wajar tidak didoktrin dengan fahaman politik dan biarlah mereka memilih fahaman mana pegangan mereka tanpa ada usaha pihak tertentu terutamanya yang bergerak secara rasmi di Universiti sebagai satu persatuan rasmi, untuk cuba menjadi kuda tunggangan politik luar,’’ katanya.

“ Kelab Aspirasi turut terkenal dengan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang PRK seperti memberi kata dua sama ada mengundi calon tajaan mereka, Pro-Aspirasi ataupun dibuang dari kolej dan ini bercanggah dengan Peraturan 64.5 Buku Panduan Calon PRK 2007 yang melarang sesiapa jua daripada membuat paksaan, ugutan dan deraan dalam apa jua bentuk terhadap orang perseorangan. Kelab Aspirasi turut melakukan kesalahan jenayah dengan menerbitkan risalah haram dan menfitnah individu melalui penerbitan risalah haram Al-Bayan yang tidak bercop dan ini juga bersalahan dengan Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Tatatertib UKM 1999 yang melarang keras perbuatan yang dilakukan oleh Aspirasi ini”, tegasnya lagi yang juga merupakan seorang pelajar Undang-Undang.

Tambahnya, GMUKM amat berharap agar penubuhan Jawatankuasa Tatatertib Menyiasat Salah Laku Kelab Aspirasi perlu disegerakan oleh Pejabat Naib Canselor sebelum Pilihanraya Kampus bagi memberikan keadilan dan kesaksamaan kepada semua pihak agar dapat mewujudkan suasana PRK yang adil dan berdemokrasi, sebagai cerminan kepada perjalanan Pilinraya Umum ke -13 nanti.

Pada 22 Ogos 2008 lalu, satu penghantaran petisyen menuntut pembubaran Kelab Aspirasi UKM telah diserahkan kepada Naib Canselor oleh GMUKM dalam mendesak agar Naib Canselor menggunakan kuasanya dalam membubarkan kelab Aspirasi termasuk nama lain bagi Kelab Aspirasi seperti Kelab Bestari dan Kelab Rakan HEP di seluruh Kolej Kediaman UKM sebelum berlangsungan PRK. Antara kerelevenan tuntutan GMUKM itu adalah berdasarkan alasan seperti keterlibatan mereka secara aktif dalam PRK yang jelas melanggari undang-undang PRK, melakukan ugutan dan menyebarkan propaganda fitnah, menerbitkan bahan bercetak yang haram dan mengedarkannya serta Kelab Aspirasi menjadi dalang kepada penyemaian benih gejala samseng atau gangterisme dalam kalangan pelajar terutamanya ahli mereka.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !