Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 9, 2008

Pilihan raya kampus: Aspirasi tukar kepada GPMS?

Menjelang pilihan raya kampus 2008/2009, GMUKM mendapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi yang dikatakan pro kerajaan Umno-BN tidak akan bertanding pada kali ini dengan menggunakan nama Aspirasi.


Menurut sumber, mereka akan tampil dengan menggunakan platform Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau GPMS.


Hal ini adalah disebabkan oleh pengumuman kerajaan untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti(Auku) yang membenarkan pemimpin parti politik memasuki Institusi pengajian Tinggi.


Sebagai badan bukan kerajaan atau NGO, gerakan GPMS adalah dipercayai lebih memudahkan mereka untuk meraih sokongan mahasiswa selain saingan rapat mereka Pro Mahasiswa yang menggunakan platform Persatuan Mahasiswa Islam.


Setakat ini,ianya telahpun ditubuhkan di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Teknologi Mara selain Universiti Malaya yang baru proses promosi pada Minggu Pengenalan Persatuan sempena kemasukan mahasiswa sesi baru.


Terkini, GPMS sedang berusaha menyusup masuk ke kolej-kolej kediaman di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Pada Pilihan raya Kampus lalu, kumpulan Pro Mahasiswa bertembung dengan kumpulan Pro Aspirasi yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dan pentadbiran universiti. - mks._


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !