Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, October 13, 2008

Rangking Universiti Dunia : UKM boleh pergi jauh lagi bersama GMUKM




Varisti kesayangan kita semua, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) disenaraikan pada ranking 250 universiti terbaik dunia 2008 oleh THE-QS (Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds). Kedudukan itu meningkat berbanding tahun lepas apabila universiti berkenaan berada pada ranking 304.

Universiti Malaya (UM) telah mendahului kedudukan sebagai Universiti No. 1 di Malaysia. UM telah meningkat kedudukannya daripada tempat ke-230 pada tahun 2008 ini berbanding kedudukan ke-246 pada tahun 2007.

Secara faktanya, tiada universiti tempatan yang berada dalam kedudukan 20 teratas. UPM telah menduduki tangga ke-320 (dari 360 pada 2007), dan UTM di tangga ke-356 (dari 415 pada 2007). Berlaku peningkatan oleh semua kampus kecuali USM yang turun 6 anak tangga daripada dan seperti biasa, UiTM masih tiada dalam ranking 400 terbaik, mungkin terselit dalam 500 terbaik atau 600 terbaik.

Walaubagaimanapun, kita harus berasa bangga sedikit kerana varisiti kita dapat melonjak sebanyak 44 anak tangga. Syabas dan Tahniah atas usaha Naib Canselor, para pensyarah dan mahasiswa/i Cina , India dan kaum-kaum lain itu sendiri. Usaha andalah yang menyebabkan Universiti kita meningkat

GMUKM yakin sekiranya fahaman politik sempit dan perkauman disingkirkan oleh pihak tertentu, sudah pasti Universiti kita akan terus gemilang lagi. Sekiranya PMUKM-Aspirasi terus menjadi pemimpin, maka selagi itulah awam mendung akan menerangi Bangi kampus Bangi dan KL.

Kita patut merasa cemburu dengan negara jiran kita, Singapura. Dua buah universiti di sana iaitu National University Of Singapore dan Nanyang Technological University berada dalam kelompok 200 terbaik. Bahkan turut berada antara 100 terbaik di dunia.

Berdasarkan rangking tersebut juga, Universiti Amerika Syarikat (US) pula mendominasi kedudukan 10 teratas dan bersaing dengan pencabar terdekatnya iaitu universiti dari United Kingdom (UK). Universiti Harvard (US) masih mengekalkan kedudukan pertamanya diikuti dengan Universiti Yale (US) ke-2, Universiti Cambridge (UK) ke-3, Universiti Oxford (UK) ke-4 dan Institut Teknologi Carlifornia (US) ke-5. Universiti terbaik Asia ialah Universiti Tokyo, Jepun di tangga ke-17. Manakal, Universiti terbaik dalam Asia Tenggara ialah Universiti Kebangsaan Singapura, Singapura di tangga ke-30. Malah, Thailand sudah boleh berbangga kerana memiliki Universiti Chulalongkorn yang naik dari tangga ke-223 ke 166.

Meskipun begitu, GMUKM menyeru semua mahasiswa/I termasuk pnsyarah untuk menjadikan kedudukan rangking ini sebagai semangat untuk mencapai yang lebih tinggi. Salah satu cadangan yang wajib diikuti oleh mahasiswa/I UKM ialah mengubah kepimpinan pelajar yang sedia ada dan menggantikan dengan kepimpinan ’kuli’ pelajar iaitu GMUKM. Kehadiran GM bukan sekadar berpolitik semata-mata tetapi dari sudut pandangan jauh, GM datang untuk selamatkan UKM daripada kezaliman dan ketidak-mampuan meminpin yang dicetuskan oleh Pihak Aspirasi.Yang wajib kita tolak alam Pilihanraya Kampus. Supaya harapan baru mahasiswi dapat dipulihkan semula

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !