Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, October 11, 2008

Reaksi Pemimpin Politik dan Pelajar berkaitan Pengumuman Pak Lah


Akhirnya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mac 2009 dan juga tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Keputusan Perdana Menteri itu diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di PWTC pada petang 9 Oktober lalu.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan Perdana Menteri pada pertengahan 2010. Namun akibat dari prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu, beliau telah didesak agar segera meletak jawatan.

Keputusan Abdullah ini membolehkan Dato' Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri enam bulan akan datang.

Keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan

presiden Umno Mac depan ini telah mnimbulkan pelbagai komen daripada ramai pemimpin. Tindakan Abdullah dikatakan dapat meneruskan tradisi untuk memastikan Umno terus relevan. Juga kerana perdana menteri lebih mengutamakan parti dan rakyat.

Bagi pemimpin pembangkang pula, mereka tidak terkejut dengan keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk berundur sebagai Perdana Menteri tahun depan dan tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Pak Lah menerima tekanan dalam UMNO. Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan perdana menteri itu sebagai "sesuatu yang sudah terlambat". "Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang," katanya. Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.



Dan kepada pemimpin Gabungan Mahasiswa, mereka jelas terkejut dengan tindakan drastik Perdana Menteri yang pertama kali dalam sejarah terpaksa meletak jawatan akibat tekanan Ahli parti.





Paling penting, jalan penyelesaian kepada mahasisa – Pengerusi GM



Bagi Pengerusi GMUKM, Ahmad Farhan menyatakan bahawa tidak kira jua bakal perdana menteri, sama ada Muhyiddin Yassin, Najib, Anwar Ibrahim, Haji Abdul Hadi, Tengku Razaleigh atau Pak Lah sendiri yang boleh menukar keputusannya, maka beliau menggesa bahawa mereka patut mengutamakan penyelesaian beban rakyat dan usaha mempertahankan maruah serta kedaulatan negara daripada kepentingan diri dan kroni.



Perubahan tidak berlaku walaupun pemimpin bertukar lagi – Teo Lee Ken



Jurucakap GMUKM, Teo Lee Ken sebaliknya berkata bahwa tiada perubahan akan berlaku dalam corak kepimpinan negara kerana Pak Lah bukan UMNO dan UMNO bukan Pak Lah.Walaupun pemimpin bertukar ganti tetapi tak semestinya parti bertukar. Pemikiran parti pula tetap sama. Yang penting ialah soal transparent dan juga soal ketelusan dalam pemerintahan.



Kuasa rakyat pelu digunakan secara bijaksana.- Hazman Abdullah



Bagi Hazman Abdullah, jurucakap GMUKM, perletakkan jawatan Pak Lah menunjukkan bahawa kuasa rakyat boleh menggoncangkan seseuatu pemerintahan dan pemimpin. Peralihan kuasa yang dipercepatkan kepada Najib bolehlah dianggap sebagai satu percaturan bagi mengatasi masalah dalaman UMNO. Walaubagaimanapun, GMUKM perlu berterima kasih pada Pak Lah kerana janjinya untuk melakukan pelbagai reformasi termasuk sistem kehakiman kita dan juga gejala rasuh yang akan dilakukan dalam tempoh yang ada ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !