Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, October 24, 2008

TNC HEPA Mestilah Seorang Non Partisan

Wajah TNC kita semasa peristiwa 17 Oktober lalu






Senario sejak akhir-akhir ini, menunjukkan bahawa terdapat ramai pengawai pentadbir Universiti yang baru dilantik dan dilanjutkan kontrak. Pada 13 September 2008 lalu, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak telah dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 3 tahun. Juga sebelum itu, Prof. Ir. Dr. Hassan Basri telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa) dan Prof. Dr. Saran Kaur Gill sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) pada bulan Ogos lalu. Di samping itu, ibunda kita, Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin turut disambung kontrak perkhidmatannya selama 2 tahun sebagai Naib Canselor dan kekal menjadi orang nombor satu di dalam UKM.



Untuk pengetahuan umum, hanya seorang lagi individu yang belum ditamatkan kontraknya iaitu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Datuk Dr Wahid Shamsuddin. Dikatakan bahawa Wahid Shamsuddin akan menamatkan kontrak pada bulan Disember ini.



Walaubagaimanapun, ura-ura menyatakan bahawa TNC HEPA yang baru akan diduduki oleh Dr Muhammad Hussin, bekas Pengetua Kolej Rahim Kajai dan kini memegang jawatan sebagai pemangku kepada Pengerusi Alumni UKM.



Jelas bahawa kehadiran muka baru di kerusi TNC HEPA adalah satu berita yang dinanti-nantikan oleh mahasiswa. GMUKM meyeru kepada Naib Canselor agar pelantikan TNC HEPA dibuat berdasarkan rekod hak asasi yang baik kepada mahasiswa. Lantiklah seorang TNC yang menjaga kebajikan mahasiswa ini, seorang Profesor ataupun pensyarah yang bersikap neutral dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !