Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, November 23, 2008

5 Dalil Mengapa Kita Perlu Tolak Bengkel BAKAL Calon



Jelas dan nyata bahawa penganjuran Bengkel BAKAL calon anjuran TNC HEPA dan En Zamri serta Pn Rosmayu (Pondokong Utama TSB, Tunjang Semangat Burhan), adalah mempunyai agenda muslihat yang boleh kita fikirkan bersama. Antara dalil mengapa Bengkel Bakal Calon itu dikatakan sebagai muslihat mereka ialah :


1. Bengkel ini semata-mata diadakan bagi mengetahui identiti calon bukan Aspirasi, yang nama akan diblack list serta diugut dan mungkin akan dibuang kolej.


2. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyusahkan calon malahan mengagalkan hasrat calon untuk ke menjadi calon semasa PRK nanti. Notis yang dikeluarkan pada 18 November (3 hari sebelum UKM ditutup dan bercuti), hantar borang sebelum 19 Disember dan akhir sekali, kena terima surat tawaran pada tarikh 2 minggu dan gram (1 Jan – 14 (19 Disember juga???). Hairan. Nampak sangat perancangan sulit dan tergesa-gesa.


3. Di UPSI, Bengkel sama dibuat dan mereka didoktrinkan agar jangan bertanding atas kumpulan dalam Bengkel tersebut. Pihak Aspirasi dan Pro Mahasiswa sama-sama bercampur gaul dan mereka didoktin agar patuh dengar arahan pihak pentadbiran walaupun ia menzalimi mahasiswa. Hasilnya, walaupun calon pro mahasiswa mendapat undi tertinggi, tetapi ia dinafikan hak untuk menjadi Presiden yang dibolot oleh Aspirasi yang banyak helah itu.


4. Bengkel ini lebih kepada ke arah untuk menapis calon-calon yang akan bertanding. Kalau nak kata untuk soft skill calon, pihak Aspirasi pun akan buat bengkel Calon pada 24 Hb ni di Port Dickson. Buatpa bengkel dua kali untuk bakal calon?


5. Bengkel ini bertujuan ke arah matlamat yang lebih jauh lagi. Ke arah untuk menjadikan pemilihan MPP seperti pemilihan JAKSA, yang dipilih sendiri oleh pihak pentadbiran, yang akan menghapuskan demokrasi dalam kampus. Perancangan jahat ini bertujuan agar pihak pentadbiran boleh memilih mahasiswa yang ibarat tukang angguk dan membahayakan negara akan datang.


Di peringkat GMUKM, kami dengan tegas ingin menyatakan bahawa :


1. Kami menggesa agar bengkel itu ditukar daripada Status WAJIB kepada UMUM dan terbuka kepada semua Juga diterangkan secara detail di mana tempat akan dijalankan program tersebut.


2. Bengkel itu boleh dilangsungkan. Malah dialu-alukan tetapi mestilah dibuat

kepada calon MPP yang menang, agar duit negara tidak dibazirkan begitu sahaja.


3. Tiada penapisan terhadap bakal calon yang menghantar borang untuk pergi ke bengkel. Semua orang adalah layak ke Bengkel selepas menghantar borang tersebut.


Jelas bahawa pihak pentadbiran cuba bermain wayang dengan mahasiswa. Sebelum ini memang kedengaran campurtangan daripada pihak pentadbiran dan tahun inilah paling serius cmpurtangan tersebut. Mereka tidak sedar bahawa mereka bukan lagi mahasiswa. Mereka adalah bukan mahasiswa, mengapa mahu bersilat sama dalam gelanggang mahasiswa


GMUKM melihat bahawa pihak pentadbiran cuba menjadikan sistem PRK memihak kepada mereka, selepas mood mahasiswa tidak lagi menyebelahi anak emas mereka, si Aspirasi yang track recordnya gagal memimpin mahasiswa. Amaran kepada golangan tua, jangan campuri urusan anak muda yang berjiwa patriotik seperti kami. Ingatlah kata-kata Hassan Al Bana- ”Berilah aku 100 orang anak muda (mahasiswa) yang kuat dan bermoral, nescaya aku akan goncangkan dunia ini dengan anak muda terbabit”. Fikirkanlah wahai golongan bukan mahasiswa, gelanggang anda sebenar adalah diluar kampus, bukannya di dalam kampus yang kecil ini.

1 comments:

K@IZER UKM said...

oooooooooooooooooooooooooo...
eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
ikut dia la..
dah diaorang nak bt...
bkn melibatkan semua pelajar pun...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !