Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, November 14, 2008

Isu campur tangan politik dalam pelantikan NC, TNC gamatkan Dewan Rakyat



KUALA LUMPUR, 13 Nov (Hrkh) - Isu pelantikan Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) yang dikemuka Ustaz Taib Azamudeen Md Taib kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat hari ini menggamatkan sidang.

Ustaz Taib dalam soalan tambahannya mendakwa adanya pelantikan TNC dibuat bukan kerana kelayakan, sebaliknya atas pertimbangan politik.

Ujarnya, di salah sebuah IPTA sebelum ini seorang TNC dilantik di kalangan Prof Madya, sedangkan ramai lagi yang lebih berkelayakan menduduki kerusi itu.

"Ramai Prof yang lebih pakar dalam bindang tertentu, berpengalaman dan berkelayakan daris egi akademik tidak dilantik, tetapi Prof Madya pula yang dilantik, apa penjelasan KPT terhadap hal ini," soal Taib Azamudeen.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron yang bingkas menjawab soalan berhubung pelantikan NC baru Universiti Malaya mempertahankan tindakan KPT yang katanya kini tidak membuat pelantikan berdasarkan pertimbangan politik.

Bagaimanapun Idris turut mengakui berlakunya pelantikan TNC dikalangan bukan Professor Penuh (Full Prof) beberapa tahun sebelum in.

Ketika Idris meneruskan jawapan berhubung pelantikan NC yang didakwa mengikut saranan Jawatan Kuasa Pemilih bebas, Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) bangun mencelag.

Beliau mempertikai tindakan KPT dan Universiti Malaya yang tidak meneruskan kontrak Dr Rafiah Salim dan menggantikannya dengan NC baru.

Pertikaman lidah terjadi apabila Chong Eng (DAP Bukit Mertajam) mempertikai tindakan KPT tidak meneruskan kontrak Rafiah yang baru dua tahun sahaja berkhidmat untuk UM.

Chong Eng mendakwa, Rafiah tidak sempat untuk melaksanakan visi dan misi yang dirancang selain berlakunya 'gender bias' dalam pelantikan NC.

Idris yang berang dengan tuduhan Chong Eng menyatakan bahawa KPT tidak pernah menghalang mana-mana individu layak untuk mengangkat mutu universiti.

Malah katanya, KPT tidak pernah memilih NC hanya berdasarkan kepada jantina, sebaliknya pemilihan dicadangkan oleh jawatankuasa khas yang bebas berdasarkan kepada kelayakan, pengalaman dan kemampuan untuk meningkatkan mutu universiti.

Di saat Idris mahu meneruskan jawapannya, Chong Eng dan Fong Po Kuan (DAP Batu Gajah) menuduh Idris dan kerajaan BN yang dikatakan mendiskriminasi gender.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan JUnaidi akhirnya mengarahkan Idris agar tidak terus melayan pertanyaan Chong Eng.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !