Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 6, 2009

Harapan Baru Untuk Pengerusi GMUKM 2009

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) atas persetujuan gabungan-gabungan front mahasiswa yang berkiblatkan mahasiswa UKM dan anti kepada Aspirasi, telah bersetuju dengan consensus untuk melantik Saudara Hishamuddin Abdullah sebagai pengerusi GMUKM yang baru mengaggantikan Saudara Ahmad Farhan Yusoff.

Perlantikan Saudara Hishamuddin telah dipersetujui dalam mesyuarat GMUKM dan berkuatkuasa 1 Februari 2009 yang lalu. Sebelum ini, beliau merupakan Setiuasaha Kerja GMUKM dan bertindak sebagai jurucakap GMUKM.

Dengan perlantikan baru ini, ia diharap sebagai satu memontum untuk GMUKM menguasai PMUKM pada PRK akan datang. Atas kapasiti dan juga kebolehannya dalam aspek kepimpinan, diharap dapat memandu GMUKM ke arah yang lebih berkeyakinan dan berwawasan dalam mencapai cita-cita untuk ‘mencerahkan’ mahasiswa daripada pemikiran takut dan tidak berani geleng-geleng, kepada pembinaan mahasiswa yang bersifat idealis dan berkarismatik dalam apa jua isu melibatkan mahasiswa itu sendiri. Warga krew gm_ukm.blogspot mengucapkan tahniah atas perlantikan Saudara Hishamuddin sebagai pengerusi GMUKM yang baru, dan optimis bahawa perlantikan beliau, merupakan salah satu ciri perubahan yang akan GMUKM bawakan kepada seluruh mahasiswa ukm.

Editor

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !