Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 6, 2009

Kenyataan Pengerusi GMUKM

KENYATAAN GABUNGAN MAHASISWA (GMUKM)

BERKAITAN ISU PERTUKARAN KERAJAAN DI PERAK

Krisis politik di Perak semakin bercelaru apabila berlakunya sindrom lompat parti antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Isu lompat parti bermula apabila ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin mengumumkan keluar daripada UMNO dan masuk ke dalam PKR sebelum isu ini menjadi lebih kontroversi apabila ADUN Bota itu, dan 3 lagi ADUN PR istiharkan menjadi ADUN Bebas dan menyokong BN untuk menumbangkan kerajaan PR Perak pimpinan YAB Ir Nizar Haji Jamaluddin.

Rakyat Malaysia sekarang sedang menghadapi satu perasaan jelik terhadap isu ini dan ia menjadi semakin muak dengan isu penyeberangan ramai-ramai ADUN PR ke dalam BN dan menubuhkan kerajaan ‘katak’.

Walaupun Perkara 10 (c) Perlembagaan Malaysia membenarkan si katak ini dan ia dikuatkan lagi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nordin Salleh v Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi dari segi moral dan konvensyen politik, jelas tindakan lompat parti adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya.

Juga kegagalan mengadakan pilihanraya kecil adalah bercanggah dengan Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Jelas dalam peruntukan ini menyatakan bahawa sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, yang dijangka bersidang pada 14 April ini.

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan ini menggesa agar diadakan segera pilihanraya seluruh DUN di Perak, bagi memberikan kuasa penilaian kepada semua rakyat Perak dan bukannya kepada 59 ADUN yang boleh disogok dengan berpuluh-puluh juta pada bila-bila masa sahaja.

Hal ini amat penting kerana nilai sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada rakyat dan bukannya ADUN atau Ahli Parlimen. Walaupun diperkatakan bahawa Pilihanraya Kecil akan menelan kos yang banyak, tetapi dari faktanya, kos itu akan ditanggung oleh parti-parti politik yang terlibat, bukannya rakyat.

Justeru itu, GMUKM menggesa agar pilihanraya kecil wajar diadakan di seluruh Perak dan kembalikan kuasa menentukan kerajaan kepada rakyat. GMUKM berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara win-win situation dan hak rakyat diutamakan berbanding hak parti-parti politik yang mkempunyai agenda peribadi. Apa yang paling penting ialah kembalikan kuasa rakyat, dalam mewujudkan sebuah pemerintahan good governance yang diidam-idamkan oleh rakyat pada hari ini.

Hishamuddin Abdullah Pengerusi GMUKM 5 Februari 2009

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !