Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, February 18, 2009

Nyatakan Tidak Pada Penipuan

Serangan Sarfarizmal : GMUKM PEMBOHONG!!! kursus yang dilangsungkan ini bukan anjuran pihak JPPel tetapi anjuran Bahagian Persatuan & Pengantarabangsaan, Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) dibawah kelolaan Prof. Madya Dr. Khaidzir Hj Ismail.



Jawapan : Kami mengakui kesilapan kami dalam penulisan bahawa JPPel yang menganjurkan kursus ini. Sememangnya PPP yang anjurkan. Tetapi kita perlu ingat bahawa JPPel adalah sebaris dengan PPP dalam unit dibawah Hal Ehwal Pelajar, sepertima Pengarah Pejabat Perhubungan Alumni, Ketua Jurulatih PALAPES dan SUKSIS. Jadi isu pokoknya bukannya isu JPPel atau PPP, tetapi isunya adalah kursus itu sendiri..Yang terlalu mahal bagi seorang mahasiswa. Nampaknya si Sarfa pandai bermain kata-kata. Terus menembak bahawa GMUKM Pembohong disebabkan tersalah menyebut penganjurnya.



Serangan Sarfarizmal : Kursus ini sebenarnya BUKAN ulangan episod bengkel bakal calon di Melaka lalu dan ia amat-amat berbeza. Bengkel Bakal Calon MPP di Melaka dulu adalah suatu bengkel untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal calon tentang hala tuju UKM dan sebagainya,



Jawapan : Jelas bahawa Sarfarizmal pandai bermain-main kata. Menyatakan bahawa Kursus ini bukan ulangan kursus bengkel bakal calon. Sedangkan kita tahu, mahasiswa setakat PMUKM..yang hanya setahun jagung dan bukannya profesional, tidak layak berbengkel di resort kelas 5 bintang, hotel 3 bintang. Kamu itu adalah pimpinan mahasiswa, bukannya pensyarah yang banyak membantu Universiti. Lagipun mahasiswa tidak menyumbang kepada dana ekonomi negara. Yang disalurkan kepada Universiti. Yang sumbangkan adalah bapa-bapa ibu-ibu kita melalui duit cukai. Yang PMUKM pergi setuju dengan bengkel menelan kos berpuluh-puluh ribu itu kenapa ya? Masa bengkel bakal calon dulu, wakil GMUKM terpaksa pergi kerana ia jadi prasyarat untuk bertanding. Masuk dalam Peraturan PRK. Yang bengkel sekarang, hanya boleh dibuat di UKM sahaja. Bukannya perlu pergi jauh-jauh di tepian pantai.



Serangan Sarfarizmal : TETAPI kursus pada hari ini (Kursus Pengurusan Organisasi MPP UKM) adalah berkaitan gerak kerja MPP. Maknanya MPP yang hadir ke kursus ini adalah dalam kalangan MPP yang INGIN BUAT KERJA... Manakala anda bolehlah menilai terhadap MPP yang tidak hadir ke kursus ini. Jika benar mereka ingin buat kerja, kenapa mereka tidak datang ke kursus gerak kerja???



Jawapan : Inilah jiwa seorang Timbalan Presiden, membuat kenyataan tanpa berfikir dahulu. Adakah perlu MPP Mahasiswa pergi ke bengkel itu, untuk menjadi MPP yang ingin buat kerja. Kenapa perlu ada bengkel, baru ingin buat kerja? Tak boleh ke duduk kat UKM, bincang elok-elok dan lepas tu buat kerja. Dengar cerita daripada MPP Mahasiswa, mereka dapat mesej bertanyakan saiz baju korporat PMUKM selang sehari selepas bengkel. Adakah dengan adanya bengkel yang membazir ini, memboleh MPP Aspirasi bergerak kerja untuk membuat sebuah baju korporat untuk mereka. Inilah perangai MPP Aspirasi, yang lebih layak digelar MPP Sistem, yang hanya ingin buat kerja apabila adanya sesuatu yang menyenangkan mereka. Adakah dengan mudah menghakimi orang, apabila tidak hadir ke bengkel, mereka ini tidak ingin buat kerja yang diamanahkan kepada mereka. Sungguh mudah MPP dari FSSK ini membuat tohmahan.




Serangan Sarfa : Maklumat wartawan GMUKM terbukti tidak berasas!!! Jika benar tujuan kursus ini untuk meraikan MPP yang penat lelah dalam PRK lalu, kenapa mesti ia DIPADATKAN dengan slot-slot ceramah, pembentangan dan gerak kerja??? GMUKM juga telah GAGAL untuk mengajak 12 wakil MPP GMUKM untuk memboikot kursus tersebut kerana terdapat 2 orang wakil MPP GMUKM iaitu Wan Nuruddin Shah Wan Johan dan Muhammad Hafizul Amin Khalid ( MPP Fakulti Perubatan Tahun 3/4/5 dan Fakulti Farmasi Tahun 1/2) telah HADIR BERSAMA-SAMA MPP lain ke kursus tersebut. Malah mereka bersama-sama MPP lain bergandingan dan saling bekerjasama antara satu sama lain dalam apa jua aktiviti.



Jawapan : Memang mereka ambil kesempatan atas kemudahan yang disediakan. GMUKM mendapat maklumat bahawa mereka mempunyai banyak masa yang santai. Hanya hari tertentu sahaja tidur lewat. Mereka menikmati makanan yang lazat dan pelbagai jenis lauk. Juga tempat tidur yang selesa. Dengan alatan tulis yang disediakan. Sedangkan Umar Al Aziz dahulu, beliau memadamkan pelita kerajaan apabila ingin membuat urusan peribadi. Tetapi MPP Aspirasi (Baca MPP Sistem), mereka menggunakan semaksimun mungkin segala wang pembayar cukai.



Berkaitan kehadiran 2 orang MPP Mahasiswa. Maklumat awal menyatakan bahawa semua MPP Mahasiswa tidak hadir. Tetapi 2 MPP daripada kampus Kuala Lumpur ini pergi atas dasar bahawa GMUKM ingin mengetahui maklumat berkaitan perjalanan bengkel ini. Sememangnya wakil MPP Mahasiswa mudah untuk bekerjasama. Tetapi hanya bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu kebajikan mahasiswa dan tidak akan berkompromi dengan perkara-perkara yang melibatkan kerosakan kepada mahasiswa termasuk melakukan pembaziran untuk kesenangan PMUKM itu sendiri.


Serangan Sarfa : Cuba fikirkan secara waras, manakah lebih MEMBAZIR WANG PEMBAYAR CUKAI jika para MPP menghadiri kursus tersebut dan mengambil kebaikan daripadanya atau memboikot dengan tidak mahu hadir ke kursus tersebut??? Sedangkan pihak penganjur telah MENEMPAH hotel tersebut untuk semua ahli MPP yang menang PRK... Membazir kah jika kita 'menggunakan' program itu atau 'memulau' terus program itu???


Jawapan : Inilah yang dikatan sebagai seorang yang spinning (suka putar belit). Kata mereka yang tidak pergi sebagi membazir wang. Sedangkan kita tahu bahawa tempahan bilik hotel boleh dibatalkan. Cuma mungkin makanan sahaja tidak boleh. Tempat bengkel boleh digunakan lagi. GMUKM ingin tanya MPP Sistem, adakah 4 orang MPP Sistem yang tidak hadir juga tergolong dalam golongan yang membazir wang pembayar cukai? Untuk makluman mahasiswa, 4 orang PMUKM turut tidak hadir ke bengkel tersebut. Ini jelas menggambarkan sebagi exco dalam PMUKM pun tidak ingin hadir, mengapa perlu menyerang ketidakhadiran 10 orang MPP Mahasiswa yang tiada jawatan? Sarfarizmal perlu jawab persoalan ini sebelum menembak orang lain. Di peringkat GMUKM, kami sudah nekad untuk tidak memberikan sokongan kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan pembaziran dan adanya alternatif lain dalam mengurangkan beban kewangan ini.


Kepada Sarfarizmal, hentikan serangan tidak menentu anda di blog anda itu. Mahasiswa boleh berfikir apa yang anda utarakan. Hujah mestilah dilawan dengan hujah yang benar. GMUKM harap mahasiswa tidak mudah tertipu dengan retorik dimainkan oleh MPP Sistem. Cukuplah isu ugutan bunuh di hari pengundian menjadi bukti bahawa MPP Sistem amat suka melakukan fitnah memburukkan lawan mereka. Fikir-fikirkanlah untuk perubahan dan kebajikan mahasiswa yang terbela.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !