Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, February 12, 2009

Wacana Mahasiswa : Satu memontum keintelektualan mahasiswa

Wacana Mahasiswa : Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Dewan Anuar Mahmud (DAM) pada 10 Februari lalu. Wacana tersebut telah membariskan panelis terdiri daripada Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman Pensyarah Sains Politik FSSK, Saudara Hisyamuddin Che Ali MPP Kerusi Umum Tahun 3 / Wakil Pro mahasiswa UKM, Saudaea Phoon Kar Liang, wakil MPP Fakulti Undang-Undang yang menggantikan Saudara Mohamad Nasir Mohamed Nazri serta panelis terakhir, Saudara Ahmad Deniel Roslan yang merupakan Exco Penerangan dan Informasi PERUNDANG Moderator pada malam itu adalah Prof. Madya Dr. Faridah Abdul Jalil (Pensyarah FUU, UKM).

Wacana tersebut telah Berjaya menimbulkan nostalgia kepada perjalanan PRK yang lepas. Menurut Prof Nidzam, mahasiswa 70an amat dekat dihati rakyat dan dengan mengambil contoh peristiwa demontrasi Baling pada tahun 1974, beliau menyatakan bahawa kepimpinan di peringkat kampus akan melahirkan kepimpinan Negara pada masa hadapan. Beliau turut menempelak pemimpin mahasiswa yang bermain retorik dengan pengikut bawahan dan menjadikan mereka sebagai alat kuda tunggangan.

Bagi Saudara Phoon Khar Liang pula, beliau menyatakan bahawa perjalanan PRK pada tahun ini tidak telus dan adil. Dengan memberikan contoh di Rahim Kajai, beliau menyatakan bahawa pihak Aspirasi bebas mengedar flyers haram bercop kolej di bilik-bilik mahasiswa. Beliau turut membidas pihak-pihak yang memainkan isu perkauman.

Panelis ke3, Saudara Hisyamuddin Che Ali banyak menyentuh tentang perjalanan hari penamaan, tempoh berkempen dan hari pengundian. Beliau menyatakan walaupun peraturan digubal, tetapi ada sesetenngah pihak seperti Jaksa dan ahli Kelab Aspirasi melanggari peraturan tersebut. Beliau turut menyatakan bahawa GMUKM banyak memenangi kerusi-kerusi professional seperti FUU, Fkejut, FPerubatan dan Farmasi. Beliau turut menyatakan bahawa kemenangan MPP Mahasiswa di kerusi umum adalah disebabkan sejarah kelemahan Aspirasi dan juga calon MPP Mahasiswa yang berketerampilan.

Bagi panelis bebas, Saudara Daniel Roslan, beliau menyatakan bahawa pihak MPP Aspirasi dan MPP GMUKM perlu bekerjasama dalam menjaga kebajikan mahasiswa. Beliau turut menyarankan agar perjumpaan dengan pelajar perlu diadakan sekerap mungkin bagi menjaga kebajikan mereka.

Forum tersebut berakhir pada jam 11.30 malam. Suasana pada malam itu agak meriah walaupun ketidakhadiran Saudara Nasir yang ditunggu-tunggu oleh mahasiswa yang datang pada malam itu.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !