Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, February 23, 2009

Yuran Pelajar NAik..Salah Siapa?

Kenyataan bahawa hanya pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi yang hanya mengalami kenaikan yuran pelajar pada semester ini adalah meleset semata-mata. Pada ziarah mesra MPP Mahasiswa yang diadakan pada hari ahad lalu, kedengaran rungutan pelajar Fakulti Perubatan bahawa yuran pelajar mereka turut mengalami kenaikan mendadak. Sebanyak 20 peratus kenaikan yang amat membebankan mereka. Ditambah dengan kenaikan harga makanan di kafeteria dan juga harga-harga buku rujukan mereka.

Sebenarnya, isu ini merupakan isu taboo (biasa) bagi mahasiswa. Setiap tahun, kedengaran suara-suara marah akan kenaikan harga yuran pelajar sama ada pengajian ataupun kolej. Tahun lalu sahaja, berlakunya kenaikan yuran khas Alumni sebanyak RM 50 untuk setiap pelajar, juga kenaikan khas aktiviti kolej daripada RM 80 kepada RM 100. Dan juga pelbagai lagi kenaikan lain antaranya yuran elektrik. Persoalan di sini ialah mengapakah mahasiswa perlu membayar yuran Alumni dan aktiviti kolej sehingga mencecah ratusan ringgit?

Yuran Alumni, sekiranya dikira 20 ribu mahasiswa membayar RM 50 ( 20,000 X 50 : 100,000. Seratus ribu satu semester. Sedangkan kita tahu, apakah peranan Alumni pada kita???


Juga yuran aktiviti kolej RM 100 .
Jika kolej itu mempunyai 500 mahasiswa. Jaksa kolej akan mendapat RM 50,000 ribu (500 X 100). Diulangi lima puluh ribu. Satu angka yang banyak. Para JAKSA tak perlu lagi buat marketing untuk back up program mereka. Sungguh tidak adil buat mahasiswa yang dinafikan hak mereka dalam program (terutama penyokong GM yang dianak tirikan dalam program JAKSA).

Yuran naik, harga makanan naik sebenarnya adalah berpunca daripada kebisuan Aspirasi menyuarakan perkara ini kepada pihak pentadbiran. Justeru itu, dicadangkan kepada mahasiswa untuk berubah dalam PRK kali ini. Termasuk mahasiswa daripada Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) dan Kolej Tun Dr Ismail (KTDI). Dan buat 12 MPP Mahasiswa, mereka sudah dan akan bersuara untuk mengurangkan lagi kenaikan yuran pelajar. Kami di peringkat GMUKM sudah serik melihat mahasiswa terpaksa mengikat perut mereka apabila wang PTPTN dan biasiswa habis di pertengahan semester.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !