Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 18, 2009

GMUKM Kesal Tindakan Terhadap Gobind

BANGI – Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(GMUKM) mengutuk keputusan menggantung Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selama satu tahun berkuatkuasa serta merta pada 18 Mac.




Pengerusinya, Hishamuddin Abdullah berkata, Ahli Parlimen Puchong sepatutnya diberikan tribunal mengikut jawatankuasa Parlimen dan bukannya digantung oleh majoriti Ahli Perwakilan Parlimen yang merupakan musuh politik beliau.



“ Sepatutnya Gobind diberi tempoh yang bersesuaian sama ada dua atau tiga minggu tempoh penggantungannya dan bukannya setahun. Hal ini tidak munasabah kerana dia tidak membangkitkan isu perkauman ataupun mempunyai unsur hasutan ketika perbahsan berlangsung.”



“ GMUKM berharap agar Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempertimbangkan semula keputusan yang dilakukan sebelum ini dan Speaker perlu mentfasirkan Perkara 66 Perlembahaan secara betul dan berdemokrasi,”



Perkara 66 menyatakan bahawa “ Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam Perkara 68, oleh Dewan Rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong’’.



Menurutnya lagi bahawa kekebalan kepada Ahli Parlimen wajar dikekalkan kerana ia mempunyai nilai keistimewaan yang membolehkan kesucian Parlimen daripada campurtangan pihak eksklusif dan Kehakiman daripada mencampuri badan perundangan ini,” Ujarnya kepada gm-ukm.blogspot.com



Sementara itu, pengerusi Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Saudara Ammar Ishak dalam kenyataannya menyatakan bahawa mahasiswa lantang menyuaraka isu ketidakadilan ini demi kepentingan rakyat umumnya dan pengundi Puchong khususnya.



“ Pertanyaan di sini ialah kenapa Dewan Rakyat tidak memberikan peluang kepada Gobind untuk membela diri sedangkan dalam siasatan melibatkan serangan 15 orang pemuda UMNO ke atas Karpal Singh, pemuda UMNO yang didakwa ini diberi peluang dan ruang yang secukupnya untuk membela diri serta boleh memanggil saksi dan sebagainya’’



“ Ini jelas satu pencabulan demokrasi di Parlimen yang dibimbangi akan melarat ke dalam kampus-kampus di negara ini,” tegasnya.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !