Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, March 25, 2009

Kita Buat, Bukan Cakap


Kita Buat, bukannya cakap. Itulah gambaran jelas pembawaan GMUKM selama ini. Inilah hasil daya usaha pimpinan GMUKM di Fakulti Sains dan Teknologi yang berjaya membuktikan kepada umum bahawa mereka juga mampu untuk memenuhi tuntutan dan kehendak warga PMFST yang mengharapkan agar disediakan kapasiti sebuah ‘bus stop’ untuk seluruh warganya.

Perjuangan yang memakan masa panjang berjaya membuktikan bahawa kebajikan mahasiswa perlu diutamakan walaupun menempuh ranjau yang berduri dan memerlukan keringat yang banyak.


Perjuangan hentian bas, adalah amat signifikan kepada perjuangan mahasiswa di FST. Sebelum ini, mahasiswa FST terpaksa berteduh di bawah kepanasan matahari dan kebasahan hujan selama ini. Paling menarik,pembinaan hentian bas ini turut dipolitikan oleh sebuah kolej kediaman berhampiran yang menyatakan bahawa usaha merekalah menyebabkan terbinanya hentian bas ini. Sedangkan hakikat semua tahu, hanya mahasiswa yang perjuangkan pembinaan hentian bas ini dan pengakuan kosong pihak kolej tersebut adalah semata-mata bermatlamatkan politik untuk memenangkan anak emas mereka dalam PRK yang lepas.


Sesungguhnya keprihatinan yang dipamerkan oleh PMFST melalui bekas pimpinan PMFST yang diketuai oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar GMUKM FST tahun 3, Saudara Arif Misrol diharapa dapat membuka mata seluruh mahasiswa bahawa MPP Mahasiswa mengambil serius akan perkara yang diutarakan dan membuat kerja, bukannya bercakap semata-mata. Diharapkan usaha membina ‘hentian bas mahasiswa’ ini menjadi peransang kepada seluruh pimpinan mahasiswa UKM dalam memperkasakan kebajikan mahasiswa/I UKM dan merealisasikan agenda perubahan dalam PRK akann datang.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !