Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, March 7, 2009

MPP Mahasiswa Turun Padang




KOLEJ RAHIM KAJAI – 5 Mac 2009 – Satu perlawanan bola sepak persahabatan antara barisan MPP Mahasiswa dengan pelajar Fakulti Undang-Undang telah diadakan pada hari khamis yang lalu. Perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dengan pelajar Fakulti Undang-Undang melalui sukan bola sepak, sukan nombor satu popular di Malaysia dan UKM sendiri.



Dalam perlawanan tersebut, MPP Mahasiswa telah memakai jersi berwarna kuning manakala pelajar FUU memakai jersi berwarna biru. Perlawanan itu berakhir pada jam 7.15 petang dan ia berkesudahan kemenangan di pihak barisan pelajar FUU. Antara MPP Mahasiswa yang hadir dalam perlawanan itu ialah Hisyamuddin Che Ali (Umum Tahun 3), Fikah Sanusi (Umum Tahun 3), Phoon Kar Liang (MPP FUU), Arif Misrol (MPP FST Tahun 3), Faiz Ismail (MPP FPEND tahun 2) dan bekas calon MPP mahasiswa PRK lepas iaitu Saudara On You Kobeng (bekas calon Umum Tahun 2) dan Saudara Hakim Zulkifli (bekas calon FST tahun 2).



Menurut Saudara Arif Misrol yang dihubungi oleh wartawan GMUKM, beliau menyatakan bahawa perlawanan ini merupakan siri-siri program MPP Mahasiswa untuk turun padang bertemu mahasiswa dan perlawanan bola sepak merupakan salah satu mekanisme MPP Mahasiswa untuk merealisasikan hasrat ’ MPP mesra rakyat’



Turut kelihatan penyokong-penyokong kedua-dua pasukan yang mana terdiri daripada mahasiswa UKM terutamanya pelajar Fakulti Undang-Undang itu sendiri.









0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !