Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, May 28, 2009

Tambang bas ekspres naik...1 lagi kezaliman buat mahasiswa


Bangi, 25 Mei – Berikutan dengan pengumuman kenaikan tambang bas ekspres pada 24hb Mei 2009 oleh kerajaan berkuatkuasa pada bulan hadapan, rata-rata mahasiswa tidak berpuas hati lantaran kelembapan ekonomi global, membebankan masalah kewangan mahasiswa terutamanya golongan kurang upaya.


Wartawan GMUKM sempat menemuramah wakil pengurus syarikat Konsortium Transnasional Bhd, Encik Azhan bin Ahmad Lahury (Corporate Communication Manager) Salah satu syarikat bas ekspres nombor satu dalam kalangan mahasiswa.


Ketika ditanya mengenai komen beliau terhadap impak kenaikan tambang bas ekspres terhadap mahasiswa, beliau mengakui sedikit sebanyak ia menyusahkan dan menjejaskan keperluan kehidupan mahasiswa.

Namun, beliau juga mengakui sehingga kini, syarikat-syarikat bas ekpres tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang dikehendaki setimpal dengan yang dibayar. Beliau berharap pengguna khususnya mahasiswa dapat bersabar dan terima apa yang kerajaan suruh.

Pada masa yang sama, Mohamed, wakil mahasiswa fakulti kejuteraan berkata, “sebagai mahasiswa sememangnya kenaikan tambang bas ekspres ini akan membebankan kami, Lebih-lebih lagi, mahasiswa bukanlah golongan yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh.


“Alasan kerajaan untuk menaikkan tambang sangat tidak muhasabah. Katanya , untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik perlu bayar lebih. Realitinya, kerajaan masih belum serik dengan rakyat. “

“Bagi meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, masih ada banyak lagi usaha boleh dilakukan kerajaan. Tidak semestinya dengan cara sebegini. Semua orang boleh fikir.”

Tambahnya lagi, implikasi daripada pelaksanaan kenaikan ini, akan menyukarkan mahasiswa yang tinggal jauh untuk pulang malahan boleh jadi mengikat perut akibat himpitan kelembapan ekonomi semasa.

“Dengan himpitan kos bahan bakar yang juga akan naik nanti, beserta isu katanya mahu tukar dari ron 97 ke 95. Jadi, mahasiswa semakin terhimpit. Keperluan untuk membawa kenderaan sendiri juga terhalang.”

“Saranan kami (mahasiswa) kepada kerajaan, nilai semula. Nilai semula betapa susah payahnya golongan seperti kami ini. Sudahlah isu PTPTN masih mengongkong, seperti “along” mencari mangsanya selepas kami keluar universiti.


“Hakikatnya, inilah sistem yang kerajaan bina untuk melahirkan golongan yang materialistik semata-mata. Mana tidaknya, mahasiswa diajar apabila keluar nanti, mereka akan bekerja bukan untuk menyumbang kembali kepada Negara tetapi dek kerana mahu melangsaikan hutang PTPTN.


“Justeru itu, apa sahaja yang mereka lakukan adalah kerana “wang” untuk melepaskan diri daripada bahana hutang yang menjerut. Malahan, lebih bahaya lagi sekiranya golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi “wang”, termasuklah melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang.


“Isu yang berlaku kini walaupun kita bercakap atas isu harga tamabang yang akan naik, jangan sesekali kita ingat ianya tiada kaitan dengan isu-isu sebelum ini.

“Jika diteliti kembali, mahasiswa bahkan rakyat dihimpit di sekeliling mereka dengan masalah kesesakan jalan raya yang melampau, kadar kemalangan jalan raya yang saban hari meningkat dan sebagainya. Perlu disoal kembali, di manakah kesungguhan perlaksanaan saranan kerajaan supaya berkenderaan awam?


“Demi menjimatkan kos dan sebagainya, jika kerajaan masih mahu naikkan tambang, apa maknanya lagi naik kenderaan sendiri dengan naik pengangkutan awam?

“Maka, terserlahlah menaiki pengangkutan awam lagi menyusahkan. Pada masa yang sama, kita juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa segelintir pemandu bas dan teksi umpamanya pasti akan menaikkan harga tambang mereka. Alasannya tetap sama. Siapakah yang akan dipersalahkan?”

Wartawan GMUKM seterusnya menghubungi pihak-pihak berwajib kerana terdapat aduan dan persoalan daripada mahasiswa mengenai implikasi kenaikan harga tambang bas ekspres dengan yuran pengangkutan bas di UKM pada semester akan datang.


Ketika dihubungi, Puan Ros dari bahagian HEP (Hal Ehwal Pelajar) UKM menegaskan,” tiada kenaikan sebarang yuran setakat ini. Jika sesiapa mendapat maklumat berupa khabar angin ini, sila selidik dulu dari sumber mana terutamanya keratan akhbar.”

Tambahnya lagi, “jika ada kenaikan, kami akan menampal notis untuk makluman pelajar”. Senada dengannya, Encik Khalid dari unit pengangkutan UKM menjelaskan lagi bahawa, “ para pelajar akan membayar yuran pengangkutan ketika pendaftaran sesi kemasukan pelajar baru, sekali sahaja sepanjang bergelar mahasiswa UKM dan yuran itu naik untuk diselaraskan bagi setiap fakulti, sebanyak RM200 bermula pada tahun lepas lagi.


“ Yuran pengangkutan yang dibayar sekali sahaja tersebut termasuklah tempahan bas ke tempat program, kebajikan, dan sebagainya.”


“Setakat ini, tiada sebarang kenaikan dan tiada bayaran tambang bas UKM mahupun bas ekspres pada setiap semester.

“Jika ada kenaikan, kami akan memaklumkan melalui surat kepada pelajar baru yang akan menuntut di sini (UKM) dalam sesi pendaftaran kemasukan.”


Sebarang aduan ataupun pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Unit HEP UKM di talian 03-89215155 ataupun Unit pengangkutan UKM di talian 03-89215169.

Nota : Isu kenaikan yuran kolej di UKM ini telah mendapat perhatian ramai pihak dan menambahkan kegusaran para mahasiswa ekoran kenaikan tambang bas ekspres dan kelembapan ekonomi semasa.

5 comments:

Mathematician said...

Gusarkah pelajar UKM dengan isu kenaikan harga? Ramai yang saya lihat mempunyai lebih dari satu handphone. Mana dapat duit? Kalau yuran naik korang bising, tapi handphone lebih dari satu.. Macam tak berapa rasional lah pemikiran pelajar UKM ni..

ahli hisab said...

setuju, ramai yang membazir duit sendiri dan duit kerajaan.. sememangnya pelajar juga bersalah. Tapi kerajaan tak boleh ambil kesempatan di atas kesempitan. Apa nak diherankan bila ada 2 hanset, ada menteri yg siap ada 2 rumah, 2 hotel dan macam-macam 2 lagi.. 3, 4 pun ada...

pelajar said...

kalau semua nk murah,balik la zaman p ramli

3abdul said...

jgn dok perli zaman p ramlee

3Abdul said...

beban rakyat yang miskin makin bertambah mereka tak apalah - kereta,minyak tol,service kerajaan tanggung,mereka tak pernah rasa apa yang rakyat rasa.Servey LRT,Monorail dan teksi terus naik tambang cakap memang senang org ada anak 3-4 nak bayar tambang bas sekolah pun x mampu.Jgn dok servey drebar bas dan teksi saja servey kemampuan rakyat bukan semuan yang kaya.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !