Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, September 15, 2009

FESTIVAL ILMU '09 : MENJANA KEINTELEKTUALAN


Festival Ilmu '09 yang telah diadakan pada 8-10 Sept yang lalu merupakan program yang julung-julung kali diadakan anjuran MPP UMUM, Mohd Faez Mat Zin dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Terengganu (PERMATA). Program yang bertemakan "Keintelektualan Asas Kemajuan Mahasiswa" ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik sesuai dengan keperluan mahasiswa/i pada hari ini.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat daripada warga kampus ialah Forum Ramadhan yang menampilkan penceramah hebat iaitu Ustaz Farhan Abdullah dan Ustaz Ridhuan Mohd Nor. Selain itu, Festival ini turut memuatkan program berkaitan 'softskills' seperti Bengkel Keusahawanan dan Kerjaya serta Program Motivasi Kepimpinan dan Sahsiah Diri.


Pesta Buku dan Jualan turut mendapat tempat di hati mahasiswa/i yang sudi meluangkan masa berkunjung ke booth-bo0th yang ada untuk membeli bahan bacaan dan barangan keperluan harian. Festival yang berlangsung selama 3 hari ini diharapkan dapat membangkitkan semangat mahasiswa/i untuk terus meneroka dan menguasai pelbagai bidang ilmu di samping melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah yang lain.

MPP UMUM, Mohd Faez Mat Zin yang ditemui berkata, penghayatan ilmu perlu dititikberatkan oleh mahasiswa/i untuk memastikan nilai keintelektualan terus berkembang subur.

"Pembudayaan ilmu adalah proses berterusan yang memerlukan disiplin diri yang tinggi. Pembelajaran yang disertai dengan penghayatan akan memberi impak yang lebih besar dalam proses pengaplikasian ketika berdepan dengan masalah dan cabaran mendatang," ujarnya lagi.

1 comments:

pemerhati said...

satu aktiviti yang meningkatkan budaya ilmu dkalangan plajar...tahniah.

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !