Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 15, 2009

UKM tercorot, salah siapa?


Bangi 14 oktober | Kedudukan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang terkeluar daripada 200 ranking universiti terbaik dunia amat dikesali oleh pimpinan GMUKM.

Jika dilihat kembali pada falsafah universiti iaitu Paduan antara iman kepada Allah dan Ilmu yang bermanfaat, serta gabungan antara Teori dan Amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan MASYARAKAT TERPELAJAR, sepatutnya kedudukan UKM boleh berada terus kehadapan bukannya jatuh jauh dari kedudukan terdahulu.

“ Pembudayaan ilmu harus diterap dalam diri pelajar, bukan budaya hiburan yang melampau yang dibawa ASPIRASI. Sepatutnya budaya keintelektualan harus dihidangkan kepada mahasiswa kerena mereka merupakan agen kepada perubahan masyarakat pada masa akan datang” Respon yang diberikan oleh saudara Mohd Fikah bin Sanusi MPP GMUKM apabila diminta pendapat mengenai perkara tersebut.

Jika dilihat pada Universiti Malaya (UM), selepas daripada pemerintahan ProMahasiswa, kedudukan universiti tersebut telah melonjak sebanyak 50 anak tangga daripada 230 tahun lalu kepada 180 tahun ini. Ini dapat menjelaskan bahawa kepimpinan mahasiswa mampu mengubah suasana dan keadaan universiti dan ini juga membuktikan perlunya mahasiswa yang mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu pencaturan daripada pihak ketiga.

“ Kami pentingkan kebajikan mahasiswa dan pada masa yang sama kami tidak mengabaikan aspek pembinaan kredibiliti mahasiswa samaada dari aspek akademik atau moral. Sebab itulah pembawakan kami dipecahkan kepada tiga iaitu keilmuan,kebajikan dan falsafah universiti” Jelas saudara Fikah.

UKM juga tercatat pada kedudukan keempat daripada seluruh universiti di Malaysia yang diminati oleh masyarakat Malaysia untuk dijadikan tempat menyambung pelajaran. Isu-isu yang tidak ada penjelasan seperti siswi yang dibawa lari oleh pemandu bas beberapa tahun yang lalu disamping siswi yang jatuh bangunan di Kolej Zaaba mungkin menjadi faktor utama populariti UKM menurun. Persoalannya, apa yang dibuat oleh PMUKM?

Mahasiswa harus bijak menilai dan perlu membuka mata untuk melihat pembawakan yang dibawa oleh pimpinan PMUKM sekarang dan mahasiswa perlu lantang untuk memberitahu perkara yang salah bagi penambahbaikan pemerintahan universiti.

Setiap daripada mahasiswa perlu membuka minda tentang siapa yang layak untuk memerintan PMUKM kerana kepimpinan yang lemah akan menghasilkan rakyat yang lemah. – BERSATU BERUBAH!!

Top Colleges and Universities in Malaysia

47 comments:

Anonymous said...

mestilah salah tan sri naib canselor. biasanya dalam apa-apa organisasi, jika berlakunya kesilapan ataupun kerugian maka orang yang dipertanggungjawabkan adalah ketuanya. dalam konteks ukm, ketua pentadbiran adalah naib canselor. beliau kena mengambil tanggungjawab. saya minta naib canselor dipecat dan diganti dengan orang lain yang lebih layak.

Anonymous said...

cuba tengok di um. masa rafiah salim menjadi naib canselor, ranking um menurun dan tidak termasuk dalam senarai 200 paling atas. tetapi, semenjak kontraknya tidak dilanjutkan dan gauth jasmon menjadi nc baru, um mampu mencatatkan peningkatan yang banyak. sekarang di tempat 180. gauth jasmon adalah bekas presiden mmu dan sekarang mmu pun sudah tersenarai dalam 200 Asian University Ranking di tempat 171. satu-satunya universiti swasta malaysia yang berjaya tersenarai. mengatasi UiTM, UNIMAS, UMS dan banyak lagi universiti awam.

ashraf said...

maksudnya? kite kne ade nc baru ke?

M said...

Korang tulis dgn komen ni tau ke perincian kat THES tu?
THES tak tengok populariti ASPIRASI mahupun GMUKM...
Gosip2 ke.. Kes ke...
Try Baca dekat perincian penilaian THES ranking tu baru tulis komen.. Kang malu je jadi Mahasiswa..

M said...

Apa kata kita tengok semula perincian THES tanpa melihat pada ranking sahaja... Kadang2 kita memberi komen tanpa membaca perincian penilaian...

Mungkin ini adalah kelemahan masyarakat Malaysia sendiri amnya dan UKM khasnya.. tak mengira staff mahupun pelajar.. Malas Membaca, emosi melebihi pemikiran...

Apabila membaca perincian yang diberikan, saya berpendapat UKM masih lagi lebih baik dari pelbagai aspek... Yuran contohnya.. kita jauh lebih murah dari UM sendiri..

Dan jika kita lihat pada Careers support staff kita jauh lebih ramai dari UM sendiri...

Pada pendapat saya sendiri, Ranking ini jatuh sebab penilaian pada "engineering & IT" dan "Natural Sciences" yang tidak diberikan oleh THES (tak pasti kenapa tiada ranking pada bahagian tersebut).

Oleh itu saya syorkan kepada sesiapa yang ingin memberi komen atau menulis tentang Ranking UKM agar membaca dahulu, berfikir (bahagian ini yang paling susah diaamalkan), dan memberi komen secara intelek dan bukannya menggunakan emosi dan sentimen.

Saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi pandangan kerana saya pun baru sahaja membaca perinciaan ranking tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada sedikit fakta berilmu yang boleh dibaca berbincang...

bagan pinang said...

biasalah GM wat post mcm ni utk tarik pengundi hahahaha

kompius said...

Bagus jugak wat posting macam nie... baru ada perbincangan ilmiah.. jd, ukm tercorot ni salah aspirasi ke? ke GMIKM? ke pentadbiran universiti...kompius2

Anonymous said...

mcm mane gini. i skrg kat fak pend. pljr thn 4. mase 1st year dulu, masih lagi nc lame. salleh yasin. i masih ingat, mase 3m dulu tak habis2 kejayaan ukm masuk senarai top 200 uni dlm thes disebut. mc sebut, peljr sebut, vip sebut, orng yg bagi ucapan pun sebut. mase tu thn 2006 ye. tmpt kat 185. um mase tu pun kalah kat 192. thn 2006 jugak ukm mmng anugerah kualiti pm. semua ni zaman nc lama. skrng dngn nc baru shafifah, ape pun tak menang. tak masuk top 200, tak dpt anugerah pm, apex pun takde. mcm mane ni???

Anonymous said...

aku xfaham la GM ni mahasiswa ke budak tadika...memang pemikiran kolot giler...search je tenet...rugi ar bayar rm45 kalo xguna ngn betul...bkn nya guna tenet tuk sebarkan fitnah mcm GM ...tp aku tau bile GM baca balik komen2 nie, konpem nt die wt post baru,...hahahaha...

Mohd Rasydan Mohd Rais said...

saya setuju dengan pandangan MIKE.UKM.. thanx bagi info.. :)

Hari Pink said...

biasalah amalan biasa orang kita.
termasuk kita sendiri.

MALAS MEMBACA..

sebenarnya ranking ini turut melibatkan keaktifan dn kemahiran pelajar dalam universiti itu sendiri.

kalau asyik berpolitik saja.
tapi tak buat apa.
macam mana la ranking nak naik....

Anonymous said...

post ni pon bukan main lagik tajuk dia..
"UKM TERCOROT..
betul ke kite tercorot kat ranking tu
ske2 je, mmg saje nak wat isu

new student said...

bukan tercorot tp terjatuh hehe even saya first year masih belum ada experience x pe cube lg yek cayok2 demi Islam dan negara

Anonymous said...

ape lak UKM tercorot.. kan masih no 2 dlm M'sia
walaupun turun drp tahun lps
isu THES ni pun nk kaitkan ngan politik kampus...ape la GM ni..nk publisiti murahan je

Anonymous said...

isu tajok pon ambik pusing ka..aiya..yg penting pk nak wat cam ne bagi ukm naik

Anonymous said...

Tajuk Macam ni yang buat orang pandang serong kat UKM...

Anonymous said...

ish3...
gm tulis ni cz nak gulingkan nc kah?
mau anwar ibrahim jadi mc kah?
x abeh2 dgn agenda politik luar kah?
mmg hobi menjatuhkan lg nama ukm kah?
gm mmg da x de kerja lain kah?
kah kah kah...

4rth year UKM Student said...

UKM bukan pada ranking ke -4 tetapi kedua selepas UM.

Rujuk Link dibawah:
UM
http://www.topuniversities.com/university/384/university-of-malaya-um
UKM
http://www.topuniversities.com/university/385/national-university-of-malaysia-ukm

Kaedah penilaian:
http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/methodology/simple-overview

Link dalam artikel diatas tidak menunjukkan ranking Universiti didunia mengikut indikator akademik,employer, fac. student ratio and other factors tetapi merujuk kepada web popularity ranking.

Anonymous said...

baek korg tgk cite Gadoh scene last yg dieorg wat teater dpn cikgu dieorg tu..ape gune kite terlalu mengejar ranking sdgkan pelajar tersekse dgn pelbagai tekanan..ak rase lg tenang utk belajar disini daripada stress dgn pelbagai sistem n arahan di tempat lain hanya kerana ingin jd terbaik berdasarkan penilaian yang bkn scr menyeluruh itu

unta padang pasir said...

ala GM memang kaki putar belit hasil daripada ajaran Bro Anwar Bin Ibrahim.. a.k.a BABI.. mana taknya dapat duit pkr je.. hahaha wat program pn tipu ppp.. mmg kaki belit..

ayat xsedap bukan la GM namenye said...

sbb pe tercorot? knpe nk salahkan pentadbiran. anasir2 yg sibuk menyebarkan dakyah2 ni la yg corotkan pelajar sini. study nnti leh tangguh, yg penting perjuangan, hak mahasiswa. ape ke jadahnye.

Anonymous said...

mmg otak tak betull.jgn nak tegakkn benang yg basah,kalo dh terkeluar dr dr 200 pikir baliklah,ikut stail UM,gerakan mahasiswa ttp berjalan seiring dgn study dorang,ok je aku tgk..pemikiran pelajar2 yg matang,bukn hnya dok study cam dak2 matrik,kte nii mahasiswa,peranan kita bukn terbatas dlm dewan kuliah sje...FAHAM???

Hari Pink said...

alahai..

kalau asyik berpolitik saja.
sembang kiri sembang kanan.
kerja tak jalan tak payah sembang.

kenapa ranking jatuh pun nak persoalan.
yang korang buat tu hebat sangat ke.

tengok web yang dorang bagi tu.
pastu korang nilai la sendiri diri korang
sebelum buat kecoh kat sini..
berapa banyak sekreteriat yang ditubuhkan.
berapa banyak kelab yang ditubuhkan.
korang ada join ke??
kalau korang join pun korang memang aktif ke atau hanya nak kan sijil saja.
kalau belajar asyik tidur je.
kelas pergi hari ini esok tak pergi
pensyarah bagi tutorial korang kopi teh je.

pastu kecoh ranking jatuh.

nurhidayah091 said...

alah silap info sikit nak kecoh-kecoh lekla...saje je nak bangkitkan agar kita terus lbh kehadapan...tp ap smbgn kita terhdp rangkg ukm?saya first year so blum lg maybe akan dtg...

Anonymous said...

gmukm blah la.klau u all memimpin mahasiswa, ku jangkakan ukm akan menjadi semakin corot. Bukan salah aspirasi pun ttp salah pihak pentadbiran ukm yg tidak efisien.

Anonymous said...

huhuhu... nurhidayah, kalu info atau fakta salah disebar2kan ape namenyer? fitnah bukan? tp x pe la, kalu pimpinan gm x kesah pun pasal kesilapan yg "sikit" ni cz byk lg kesilapan2 besar yg depa nak jaga... tp yg salah tetap salah, tp x tau la bg gm camne... salah jawab time exam, amik contoh soalan objektif la, kurang jugak markah kan cik hidayah kan...

M said...

{ mmg otak tak betull.jgn nak tegakkn benang yg basah,kalo dh terkeluar dr dr 200 pikir baliklah,ikut stail UM,gerakan mahasiswa ttp berjalan seiring dgn study dorang,ok je aku tgk..pemikiran pelajar2 yg matang,bukn hnya dok study cam dak2 matrik,kte nii mahasiswa,peranan kita bukn terbatas dlm dewan kuliah sje...FAHAM???}

Sedih tengok komen tidak berilmu mcm ni... kan telah dinyatakan.. Tengok alik kat THES tu apa yang dorang nilai... tida kaitan dengan pegerakan mahasiswa... Katum ranking tinggi tgk kat staff antarabangsa dia berapa ramai dalam perincian.. tengok kat kajian dia kat perincian.. lagi banyakkan?
So nak ukm naik kene naikkan bahagian tu yang mana kene lebih kat kajian berbanding mengajar... itu pendapat je lah.. apa kata ko baca sendiri baru nilai..
Tak ke rasa bahawa komen tidak berilmu tu cuma memalukan diri..
Cuba dapatkan maklumat melalui pembacaan.. Kata Ilmu tu Ibadah..

Anonymous said...

Nurhidayah.. saya tak pasti sama ada awak ni faham konsep pengguanaan perkataan yang negatif..

Umpama kita buat tajuk BLOG nurhidayah091 MELAKUKAN PERBUATAN SUMBANG....
(walaupun cuma citer pasal suara sumbang je)

Pasti akan menimbulkan presepsi buruk bukan?

Anonymous said...

UIh NurHidayah,kot ye pon condong ke arah GM..jgn la cube tok tegakkan benda2 yg salah dan tak betul..bukan nak kecoh ke apa..salah ke kalau org lain menegur?jgn la condong sangat sampai takleh nak terima teguran org lain,,dasar GM betul..

Anonymous said...

huh kalo mike tuu betul...sya ada cadangan...apekate kte kuarkan fakulti2 yang tak de gune mcm FSSK atau FTSM...bukn ape..ckp nk tinggikan tang research,so tinggalkan jelah fak yag buat2 recearch cam fakulti sains dan teknologi atau yg berkaitan sains2 nii..benda yg nmpak dan dipraktikan,mcm FPI takleh ahh sbb die nak mngajar anak2 kte agame nnti,kalau anak kite jahil kang susah plak korang nk betulkn..sape setuju???

Anonymous said...

bukan tak berguna..ayat ko tuu kasar sgt,kos2 yang kurang peluang kerja kat malaysia nii...sbb wajib utk mne2 universiti trmasuk ahh swasta2 akn de kos tuuh,so malaysia nii dh dikenali sbg kilang diploma atau ijazah atau sewaktu dgnye...salah sape yerk??kte tgk salah kerajaan ok gak tuuh..NC UKM nii ikut je ckp kerajaan sbbkan die org kuat SIS...skali ngan ank bekas PM kte..seyus,aku prnah dgr die ckp pasal hak2 wanita ntah pape kat wanita hari ini tv3,sedih wanita Islam mmpertikaikann hukum Islam

Anonymous said...

sape la yg PANDAI sgt kt atas tu yg bg cdgn supaye FSSK ngan FTSM dikeluarkan dr UKM sbb x mmbntu dlam penyelidikan. korg igt bdk sains jer ke yg wat penyelidikan.. nak ckp tu pakai otak betul2.. jgn ckp ikut sdp mulut.. korg g tgok btul2 dlu, btulke FSSK ngan FTSM ni fakulti yg x penting kt UKM....

Anonymous said...

ftsm ader kot yg wat penyelidikan... wat robot, wat software sumer tu... penyelidikan mean mengkaji utk mendapatkan sesuatu yg br atau alternatif baru... yg x wat penyelidikan aku rasa FUU & FPEND. FPI x tau plak...

Anonymous said...

pasal isu fak pn nk gdoh...

xde mne2 fak yg lbey pn d cni... kte nk mmbntu ank bngsa, bknye mnjtuhkn ank bangsa kte sndri..

klu sume bljr sains, spe nk bljr sejarah, IT, bnd2 len...

aku pn xde point sgt nk ckp, juz utk renungan korg, pk2 kn....

nurhidayah091 said...

ops...saya masih baru...maaf diatas tersilap comment...cuma biasalah baru menjejaki ke alam universiti...dulu sek saya pernah tercorot tp x lah corot...akhirnya bdk batch after saya melonjak habis..anyway goodluck for our prestasi...same2 berganding bahu ya...

Anonymous said...

haaai...dah dah,jgn mmbangkitkan isu buang fak kat sini,sian kwn2 kte dr fak lain,fak mne skalipun die blajar..dorang ttp byar yuran n tgh dok memikirkn camne nk langsaikan hutang PTPTN,isu krja tak kerja,tu pndai2 ahh korang brsaing nnti....for me..kte fokuskan camne nk mnigkatkan kmbali kreadibiliti UKM sbg u yg bertaraf antarabangsa dan mmbersihkan kmbali nme Malaysia sbg kilang diploma atau ijazah atau pe skalipun...ko fep ke,fst,ftsm,fkab,fssk,fpi,fuu, pe2 f skalipun..korang ttp dgelar mahasiswa...so kwn2 skalian berfikir dan bertindaklah sbg seorg mahasiswa...akhir kata BERSATU BERUBAH!!!

dak Firstyear FST said...

dasar politik malaysia.. saling menyalahi dan nak menang.. pening aku selaku dak first year.. tahniah pada MIKE ukm sbb melontarkan hujah2 berdasarkan fakta.. barulah mahasiswa x lesu namenyer.. aku x de pape nk kate.. juz nak simpulkan ape yang aku bace dr komen2 kt atas.. klaka la mahasiswa ukm zaman sekarang.. gado x abes2..tp aku tetap sokong GM.. hehe.. dr mahasiswa utk mahasiswa~

M said...

Bukan nak cakap isu tutup fakulti.. tapi UKM nak seimbangkan antara tujuan utama penubuhan dengan nak mendapatkan ranking pada masa yang sama...

Kalo gelojoh ke arah ranking mesti dorang pandang student sebelah mata je.. buat penyelidikan penuh, jemput ramai2 lecturer dari luar negara(mcm kat statistik ranking UM)

Kalo terlalu kepada asas pembinaan UKM dulu pula.. Mesti UKM dah berjuang giler2 kat menggunakan bahasa kebangsaan kat semua subjek..

Apa yang cuba kita bincangkan adalah method THES itu sendiri tak mencapai semua kriteria yang boleh memuaskan hati semua pihak.. Namum masih juga perlu sebab memlalui Imej dan ranking itu sendiri yang boleh melonjakkan peluang mendapatkan pekerjaan oleh pelajar.. UKM sendiri ada banyak saluran bagi latihan untuk mendapatkan pekerjaan mahupun ilmu2 seperti teknik menghadiri temuduga...

Kadang2 kalo kita lebih kepada emosi dan sentimen kita akan taksub kepada sesuatu benda tanpa mengkaji ataupun mewujudkan perasaan taknak mengkaji sebab sukar menerima kenyataan. Seimbang dalam semua perkara adalah suatu yang baik tak kisahlah kita di pihak mana pun..

Akhir kata selamat mencuba kepada semua(termasuk diri sendiri) untuk rajin membaca.

Dan selamat menghadapi peperiksaan kepada pelajar2 UKM..

p/s: Sekadar pendapat sambil menikmati sarapan, ada silap salah mohon tegur.. Peace Y(^^)Y

M said...

BERSATU BERUBAH...

Suka ayat tu... Sini nak share sikit tentang mengubah diri sendiri.. Tiada siapa yang boleh jadikan diri kita lebih baik melainkan kita sendiri..

"Verily never will God change the fate (condition)of a people until they change it themselves."
Quran 13 : 11

"Hypocrite! First remove the plank from your owneye, and then you will see clearly to remove thespeck that is in your brother’s eye."
Matthew 7:5

"Though one should conquer a million men inbattlefield, yet he, indeed, is the noblestvictor who has conquered himself."
The Buddha (Dhammapada 103)

"To conquer others need strength;To conquer oneself is harder."
Tao Te Ching – chapter 33

"Reshape yourself through the power of your will"
Bhagavad-Gita (6:5)

"Conquer your own mind, and conquer the world"
Guru Nanak (SRI GURU GRANTH SAHIB page 6)

Sekadar renungan.. Y(^^)Y

Anonymous said...

mike tambah ahh skit hadis2 nabi...bru nmpak Islam For All

Anonymous said...

mike, bese la bile taksub sgt berpolitik... sudah2 la ngan berpolitik, lebih rugu dr untung... slamat exam sumer...

kwn dak thn first said...

setuju sgt kat mike.ukm....jgn tertutup pemikiran kita berfikir out of box ya...

Hari Pink said...

Selamat nama fakulti aku tidak dicerca..

rajin-rajin la masuk blog yang lebih suka berkongsi pengalaman dan berkongsi pandangan.

mana-mana blog la. sebab manusia sedang ditipu kalau dengar sebelah pihak saja.

ada orang pandai mengkritik dan bercakap.
tapi kerja pebenda pun x tahu.

aku saja ja tulis. sebab x tahu nak tulis pa...

hakhakha

Anonymous said...

sape yg berani sangat cakap FSSK n FTSM xbuat research?????? bangang betol...cakap guna otak la. FPI tu xleh buang sebab nak didik anak2 xjahil???? x jahil ke namanya kalau asek nak research dalam baju anak dara org??? ingat bagus sangat agaknye..suke ati je bg cadangan tak tau kebenaran..

Adeq said...

salute sama mikeukm..berfikir sebagai seorang pemimpin..

Tinta Segara said...

Cuba takrifkan secara jelas dan tepat apa yang dimaksudkan dengan budaya ilmu oleh MPP dalam artikel di atas?

fssk said...

setahu aku fssk la fakulti yg plng byk wat research..

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !