Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, January 9, 2010

GM FC TEWAS BERMARUAH


Bangi,9 Januari-Di tengah-tengah kesibukan dalam menghadapi pilihan raya kampus pasukan GM FC masih sempat meluangkan masa bersama-sama dengan masyarakat apabila menyertai kejohanan futsal. Kejohanan futsal yang telah disertai oleh pasukan GM FC dianjurkan oleh Kelab Geologi. Kejohanan tersebut telah mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat kampus khususnya dan masyarakat luar amnya. Sebagai bukti, sebanyak 32 pasukan telah mendaftar bagi menyertai kejohanan futsal tersebut dalam kategori tertutup universiti manakala puluhan pasukan yang lain telah mendaftar dalam kategori terbuka. Hadiah yang ditawarkan kepada pasukan yang memenangi kejohanan tersebut amat lumayan, johan kategori universiti akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 600 dan johan kategori terbuka bakal menerima hadiah sebanyak RM 800.

Konsep kejohanan tersebut adalah secara liga dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan akan berjaya layak ke pusingan kalah mati. Pasukan GM FC telah diundi dalam kumpulan M yang turut disertai oleh tiga pasukan lain iaitu PERDANA FC,BEB’S FC dan VETO FC. Pada perlawanan pertama pasukan GM FC telah turun berentap dengan pasukan PERDANA FC. Malangnya ,nasib tidak menyebelahi pasukan GM FC apabila kecundang dengan jaringan 2-0. Selepas itu,bagi perlawanan kedua pasukan GM FC telah bertemu pula dengan pasukan VETO FC dan sekali lagi pasukan GM FC tewas walaupun telah menguasai perlawanan tersebut dengan jaringan 3-1. Untuk perlawanan yang terakhir GM FC turun dengan semangat juang yang tinggi bagi menentang pasukan BEB’S FC. Walaubagaimanapun,adat bertanding ada yang menang dan ada yang kalah,Kali ini pasukan BEB’S FC telah berhempas-pulas untuk menewaskan pasukan GM FC dan akhirnya berjaya dengan menjaringkan tiga gol.

Wartawan GMUKM sempat menemuramah salah seorang pemain GM FC iaitu Saudara Muhammad Farid Bin Hamlud yang bermain sebagai penjaga gol bagi pasukan GM FC. Beliau berkata,”Walaupun para pemain pasukan GM FC merupakan pemimpin-pemimpin dalam kalangan masyarakat, tetapi mereka masih mampu meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pelajar lain sedangkan mereka mempunyai jadual waktu kerja yang begitu padat. Inilah sifat pemimpin yang akan menaikkan nama UKM seiring dengan falsafah universiti untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang beriman dan intelek.

Sebagai penutup,GMUKM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur kejohanan ini kerana berjaya mengadakan majlis yang sungguh gilang-gemilang ini. Tidak lupa juga kepada pasukan yang menang, tahniah atas kejayaan anda dan bagi yang kalah jangan putus asa. Sekalung penghargaan diucapkan kepada para pemain pasukan GM FC yang telah bermain dengan begitu baik sekali.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !