Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, January 8, 2010

Pengerusi MAMPU: GMUKM sudah bersedia


Bangi- Bersempena pilihan raya kampus yang bakal menjelang, GMUKM telah menganjurkan himpunan mahasiswa semalam. Pidato daripada pengerusi Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU) telah mampu menaikkan semangat dalam diri mereka yang mendengarnya.

"Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) daripada tangan Aspirasi. Sudah 6 tahun kita telah berikan mandat kepada mereka, namun apakah sumbangan yang mereka telah berikan kepada mahasiswa.



Pada hari ini kita berhadapan dengan isu kenaikan yuran, isu-isu kebajikan tidak pernah selesai. Oleh itu, GMUKM telah bulatkan tekad untuk bersama-sama mahasiswa, menyuarakan agenda kebajikan mahasiswa.

Walaupun sehebat mana tekanan yang diberikan, kita akan tetap mengambil alih PMUKM. Kita akan turun ke akar umbi supaya mahasiswa tidak takut dengan ugutan dan campur tangan-tangan ghaib dalam urusan mahasiswa."

Bersama Memimpin Perubahan

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !