Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, May 26, 2010

Pentadbiran UKM Cuba Perangkap Mahasiswa



Pihak Pentadbiran UKM baru-baru ini didapati cuba menyekat empat orang mahasiswa dari  membuat persiapan sepenuhnya dalam perbicaraan yang dijadualkan akan berlangsung pada 2-3 Jun 2010.

Empat orang mahasiswa jurusan Sains Politik tersebut ialah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai sebelum ini diminta menghadiri  Mahkamah Universiti UKM pada 2 dan 3 Jun ini atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang di bawah seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang bermaksud;

"Tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan bangkangan terhadap - (a) mana-mana parti politik sama di dalam atau di luar Malaysia".

Namun dalam proses memperisapkan diri dalam perbicaraan yang bakal berlangsung, pihak universiti didakwa cuba memperdayakan mahasiswa dengan tindakan-tindakan yang sangat melampaui batas. Pimpinan GMUKM apabila ditemui pada sidang media mempertikaikan beberapa tindakan yang dilakukan pihak universiti dalam proses perbicaraan yang bakal berlangsung.

Persoalan pertama, mengapakah perbicaraan tersebut dilakukan pada tarikh yang berbeza sedangkan keempat-empat mahasiswa sains politik tersebut dituduh bersalah atas kesalahan yang sama iaitu melanggar AUKU di bawah seksyen 15(5)(a). Mengapakah Saudara Hilman selaku Presiden Kelab Sains Politik dikehendaki menghadiri perbicaraan seorang diri sedangkan tiga yang lain iaitu Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai dibicarakan serentak. Kenapa mereka berempat tidak dibicarakan sekali? Ini jelas sekali pihak pentadbiran mempunyai agenda untuk memerangkap mahasiswa oleh kerana yang mengetuai mereka berempat adalah saudara Hilman Idham.

Persoalan yang kedua adalah mengapa pihak pentadbiran tidak membenarkan empat orang mahasiswa ini mengambil peguam luar sebagai pembela terhadap segala tuduhan mereka. Empat orang mahasiswa yang ditangkap bukanlah mereka yang mendalami ilmu undang-undang. Bagaimana mereka ingin mempertahankan diri dalam perbicaraan yang akan berlangsung nanti. Adapun dibenarkan untuk memilih kakitangan UKM sebagai peguam, namun masih timbul beberapa keraguan yang bakal berlaku.

" Sekiranya kami mengambil kakitangan UKM sebagai peguam sekalipun, sudah tentu banyak polemik yang akan berlaku. Selain itu, Kami sebagai tertuduh berhak memilih sesiapa sahaja peguam yang kami yakini. Adakah pihak pentadbiran ingin menghapuskan hak asasi kami dalam mempertahankan diri? " jelas saudara Hilman Idham sebagai salah seorang tertuduh

Ini jelas menunjukkan ketidakadilan pihak pentadbiran dalam mengurusukan perbicaraan tersebut.

Yang ketiganya adalah pihak pentadbiran cuba untuk menghalang empat orang mahasisa tersebut dari mendapatkan tatacara-tatacara berkaitan dengan tuduhan yang dikenakan. Sebelum ini, walaupun mereka ini sudah membawa surat peguam untuk mendapatkan tatacara tersebut, namun pihak pentadbiran UKM masih berkeras tidak mahu memberi tatacara tersebut. Bagaimanakah mereka ingin mempertahankan diri sekiranya tatacara tersebut tidak boleh dimiliki oleh mahasiswa tersebut. Namun setelah desakan demi desakan yang dilakukan oleh mereka, akhirnya pentadbiran mengalah dan memberikan tatacara tersebut.

Ini hanya sedikit pembongkaran terhadap tindakan-tindakan pihak pentadbiran yang jelas mempunyai agenda-agenda tersendiri. Masih banyak lagi tindakan-tindakan pihak pentadbiran yang masih diragui. Bagaimana mahasiswa UKM ingin mempercayai segala urus tadbir mahasiswa sekiranya terlalu banyak tindakan pentadbiran yang diragui.

"Belum hilang bahang pilihanraya kampus, mereka (pentadbiran) berani menipu daya mahasiswa. Ingat!!! kami masih mempunyai rekod-rekod pembohongan pihak pentadbiran dalam urus tadbir pilihanraya kampus. Dan kami masih menunggu tindakan pihak pentadbiran dalam memperbetulkan situasi tersebut. Jika mereka (pentadbiran) masih berani memperbudakkan mahasiswa, tengoklah nanti apa yang akan kami lakukan" ujar saudara firdaus selaku pengerusi front MAMPU.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !