Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, June 2, 2010

MAHASISWA UKM4 Berjaya Peroleh Injuksi Mahkamah Tangguh Kes Tatatertib di UKM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengucapkan tahniah kepada keempat-empat mahasiswa jurusan Sains Politik UKM; Saudara Hilman Idham, Saudara Woon King Chai, Saudara Ismail Aminuddin, dan Saudari Azlin Shafina serta barisan peguam atas kejayaan memperoleh satu Injuksi Interim secara exparte bagi menghalang prosiding tatatertib universiti terus dijalankan pada hari ini. SMM merasakan bahawa ini adalah satu petanda awal yang sangat positif dalam usaha dan perjuangan SMM untuk menuntut agar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan. Bukan hanya kerana soal hak dan kebebasan mahasiswa sahaja, namun ia juga atas kesedaran untuk memperbaiki tahap kebebasan akademik yang semakin merudum di negara Malaysia ini.

Hari ini merupakan sejarah terbaru dalam gerakan mahasiswa sejak negara kita mencapai kemerdekaan. Kemenangan mahasiswa menangguhkan prosiding pada hari ini adalah kemenangan pertama buat seluruh mahasiswa di negara ini. Walau bagaimanapun. SMM menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kembali mendengar semula kes ini secara inter-partes pada 17 Jun 2010. Di peringkat SMM, kita yakin bahawa 4 orang aktivis mahasiswa ini telah bersedia untuk berdepan dengan kes itu nanti. Harapannya, agar semangat dan keazaman mereka tetap kukuh dan berterusan dalam perjuangan.


Selain itu, SMM juga mengingatkan semua bahawa perbicaraan kes AUKU, Soh Sok Hwa, pada Jumaat, 4 Jun 2010 akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga pada jam 3.30 petang. Dalam hal ini, SMM konsisten seperti mana kes pada hari ini, SMM dan seluruh pergerakan mahasiswa menolak sama sekali Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Biarpun perjuangan ini sudah lama bermula, namun kami merasakan bahawa kes sepanjang minggu ini memberikan nafas baru kepada pergerakan mahasiswa dalam usaha SMM untuk menuntut supaya AUKU dimansuhkan.

Oleh yang demikian, SMM dengan lantangnya menyeru kepada seluruh pergerakan mahasiswa, anak muda, ahli akademik, serta seluruh masyarakat supaya bersama-sama kami menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Kami juga menuntut agar kerajaan memansuhkan akta ini yang sama sekali mengekang hak dan kebabasan mahasiswa dan yang lebih penting lagi turut mengekang hak dan kebebasan mahasiswa dan pensyarah berakademik. Atas semangat dan harapan ke arah masa depan Malaysia yang lebih baik, SMM sekali lagi menyeru seluruh masyarakat untuk turut sama dalam perjuangan menentang Akta Universiti dan Kolej Universiti dan menuntut untuk dimansuhkan.

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !