Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 6, 2010

PMFST berbahaya ???

 
Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pemudah Cara (PC) Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang sengaja mencetuskan isu dengan merampas 'booklet' Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains & Teknologi (PMFST) yang diletakkan bersama buku penilaian generik, kad mentor di dalam beg pemberian pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi UKM.

Tindakan provokatif yang sengaja diada-adakan itu beralasan PMFST adalah 'pro-pembangkang' dan 'berbahaya' kepada mahasiswa-mahasiswa baru Fakulti Sains & Teknologi. Namun sekiranya diteliti, tindakan PC ini seolah-olah mencabar pentadbiran fakulti dan jelas sekali tidak menghormati warga pentadbiran Fakulti Sains & Teknologi.

Untuk makluman, 'booklet' Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Teknologi (PMFST) diletakkan bersama buku penilaian generik, kad mentor di dalam beg pemberian pentadbiran FST  yang mengandungi maklumat-maklumat berkenaan fakulti dan pelan sekitar UKM. Kandungan booklet itu juga merupakan siri pertama pengenalan persatuan yang bernaung di bawah pentadbiran FST yang mana penasihat persatuan tersebut adalah Timbalan Dekan FST sendiri iaitu Prof. Sahrim B Ahmad 

GMUKM melihat tindakan PC-PC Kolej Aminuddin Baki ini sebagai tindakan tidak profesional dan keanak-anakan serta terlalu mengongkong mahasiswa baru dan mempunyai kepentingan politik sempit. Insiden yang terjadi juga telah membenarkan beberapa maklumat tidak rasmi daripada pemberi maklumat GMUKM berkenaan beberapa perkara pelik yang bakal berlangsung sepanjang Minggu Mesra Pelajar ini.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !