Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, December 9, 2010

Inflasi dijangka meningkat tahun 2011


Dis 9, Kuala Lumpur : Langkah rasionalisasi subsidi yang dinyatakan pihak kerajaan baru-baru ini dijangka tidak akan mempengaruhi kadar inflasi tahun ini tapi langkah rasionalisasi seterusnya akan meningkatkan kadar inflasi pada tahun 2011.
Pemotongan subsidi memberi tekanan kepada indeks harga pengguna (CPI), demikian menurut CIMB Research dalam laporan yang diterbitkan Isnin lalu.
Sungguhpun impak secara langsung ke atas CPI masih boleh diuruskan, tapi kita harus perhatikan kesannya secara tidak langsung,” katanya.
Jumaat lalu, kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter.  Harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.
“Kami menganggarkan kombinasi kenaikan harga ini akan menyebabkan kadar inflasi akan meningkat sebanyak 0.2% mata (petrol menyumbang +0.18% mata, gula +0.03% mata dan LPG +0.01% mata).
“Ketika harga naik bulan Julai, CPI meningkat 1.9% – 2.1% pada Julai-Ogos.  Kami kekalkan anggaran inflasi 2010 pada 1.7%.
Rasionalisasi subsidi yang berterusan akan meningkat kadar inflasi untuk 2011. “Oleh yang demikian, kami meningkatkan ramalan kenaikan CPI lebih tinggi kepada 3% dari 2.5% sebelumnya,” kata laporan itu.
Ketua ekonomis CIMB, Lee Heng Guie menegaskan bahawa kesan inflasi akan lebih dirasai tahun depan (2011).
“Kerajaan dijangka akan mengkajinya setiap enam bulan ketika mana rasionalisasi subsidi diteruskan,” katanya.
Beliau menambah bahawa kadar inflasi akan berlegar di antara 2.5% dan 3% tahun depan.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !