Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, December 6, 2010

Mahasiswa Bersama Rakyat Membawa Agenda Kebajikan Rakyat


Ketumbukan Gerakan Mahasiswa masih segar walaupun ditohmah oleh mereka-mereka yang berkepentingan. Mahasiswa tidak pernah lari dari entiti perjuangan sebenar yang telah lama diperjuangkan sejak kepimpinan terdahulu lagi. Gerakan Mahasiswa juga pernah dihentam bertubi-tubi tetapi Mahasiswa tidak pernah lemah bahkan terus bangkit menyuarakan hak-hak mahasiswa dan rakyat umumnya.



Buktinya, harini mahasiswa terus bersama rakyat memperjuangkan hak rakyat selangor khusunya. Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh gerakan dan pertubuhan mahasiswa yang turun bersama di dalam menyuarakan hak rakyat pada hari ini. Mahasiswa tidak turun selaku wakil parti politik atau kerajaan selangor dengan 'Berbaju Merah' tetapi mahasiswa turun dengan identiti sendiri selaku 3 force dalam masyarakat.


Seluruh mahasiswa juga mengutuk keras tindakan pihak polis yang berlaku ganas terhadap para demonstran dan ini bercanggah dengan hak kebebasan rakyat Malaysia di dalam Perlembagaan Malaysia. Pihak polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya memkul dan menangkap rakyat sesuka hati.

Tindakan pihak polis ini menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap pihak polis yang seringkali mengenakan tindakan sewenang-wenangnya terhadap rakyat yang hadir ke demonstrasi secara aman tanpa sebarang senjata.

Jika polis bersikap begini, bagaimana rakyat akan mempercayai keupayaan pihak polis untuk menjaga rakyat dan negara? Saya sarankan pihak polis mestilah menjaga imej yang baik dan profesional dan bukan berlawan dengan rakyat sendiri!!

Saya tekankan di sini, Mahasiswa akan terus bersama dalam memperjuangan hak-hak dan kebajikan rakyat dalam segenap segi baik kebajikan, keselamatan dan keselesaan rakyat di dalam negara ini yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

"
Mohd Ridzuan Bin Othman
Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !