Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, December 5, 2010

Rakyat Didahulukan ??



Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) kesal dan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 pada 3 Disember dan RON97 dua hari sebelumnya nyata gagal memahami kehendak dan keperluan rakyat.

Saudara Fadhlan bin Sugiman dari Gerakan Mahasiswa Lantang Negara berkata, pihaknya nyata bimbang dengan kenaikan minyak dan barangan keperluan seperti gula dan LPG (Liquid Petroleum Gas) bakal mengakibatkan inflasi negara semakin bertambah. 

“Di mana slogan 'rakyat didahulukan' yang dilaungkan sebelum ini sekiranya perkara asas rakyat sebegini tidak dipeduli?"

Kata beliau, persoalan yang lebih besar bakal memuncak apabila harga petrol dan diesel terutamanya naik dan akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara langsungnya.

" Kajian daripada kita juga (selepas beberapa siri kenaikan minyak diesel yang lalu) mendapati, kurang daripada (tempoh) dua bulan, harga-harga makanan dan minuman (akan turut) naik melambung yang sedikit sebanyak akan memberi kesan yang langsung terhadap kehidupan rakyat. Jangan fikir kami mahasiswa tidak ambil cakna (perkara-perkara sebegini).

" Pihak GMLN ingin mengucapkan 'tahniah' di atas tindakan kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kepenggunaan (KPDNK) dan menterinya (Dato' Ismail Sabri) yang baru-baru ini telah keluarkan (melahirkan) 'bunga-bunga' untuk menaikkan harga diesel (selepas insiden penyelewangan diesel) ; kerana hari ini telah 'menunaikan' kata-kata anda, " tambah saudara Fadhalan sinis.

Dalam pada itu, Wartawan GMUKM turut mendapatkan pandangan daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkenaan isu ini.

MPP Alia Suzana ketika ditemui mempertikaikan kewajaran tindakan tersebut ketika mana bonus bagi kakitangan awam baru mula dirasai. 

"Apakah kerajaan sengaja bermain tarik-tali; baru diumum bonus, tiba-tiba (harga) minyak naik pula?

" Sesudah minyak dinaikkan, apakah jaminan pula harga barangan lain tidak dinaikkan. Barang seperti susu, tepung, sayur-sayur semuanya diangkut guna lori, (yang) guna minyak. Bukankah ini semua 'side effect' bila kerajaan umumkan harga dinaikkan?

" Jangan fikir mahasiswa hari ini mudah dibodoh-bodohkan dengan alasan penyelewengan subsidi; kerana dari situ mahasiswa sudah dapat tangkap apa sebenar (makna tersirat) sesuatu isu tersebut." tambah beliau lagi.

MPP Yong Koh Beng dalam pada itu turut melahirkan rasa hairan di atas tindakan kerajaan yang kononnya ingin mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta tahun ini dan mengimbangi defisit kewangan negara apabila mengumumkan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Ini kerana menurut beliau, apa yang dilihatnya kos pembinaan Menara Warisan yang dicadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) lebih penting dan perlu dibawa masuk bagi menyerap faktor seretan (drag faktor) yang bakal timbul selepas ini lebih teruk dan mengundang inflasi yang lebih besar. Justeru itu, adalah lebih diutamakan buat masa ini menyerap kos subsidi daripada membina bangunan yang belum pasti keperluannya.

" Masyarakat Malaysia (hari ini) kita lihat lebih memerlukan duit (daripada bangunan). (Saya kira) bangunan-bangunan yang ada di KL hari ini (sudah mencukupi dan ) tiada keperluan membinanya buat masa kini. Mungkin di masa depan, sesudah tiada (masalah) pengangguran, (idea) pembinaan bangunan itu (lebih) relevan (ketika itu)."


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) juga ingin memetik pandangan daripada GAMIS yang menurut  Presidennya, saudara Ahmad Syazwan Muhammad Hasan (UM), kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan media GAMIS dipetik berkata, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.


NONE


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !