Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, January 8, 2011

Syabas rakan-rakan!

GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah dan syabas di atas usaha rakan-rakan mahasiswa yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan dan menjalankan program-program yang kita sifatkan amat penting dan besar di hujung minggu ini walaupun belum sebulan sesi pengajian baru bermula.

Tinjauan mendapati begitu banyak program diadakan pada sejak semalam dan hari ini. Antaranya program tahunan kolej Keris Mas, Temasya Gemilang Kolej Keris Mas atau lebih dikenali sebagai TG2KM yang telah dirasmikan malam semalam.


Manakala pada hujung minggu hadapan, Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH) pula akan mengadakan sebuah kempen kesedaran melalui Karnival Alam Sekitar (KAS) pada 14 hingga 16 Januari 2011 di sekitar kolejnya.


Turut tidak ketinggalan Sekretariat Pesta Ang Pow Kali Ke-17 turut mengadakan Malam Kebudayaan di DECTAR pada 17 Januari (Isnin). 


Selain itu, tinjauan Wartawan GMUKM juga mendapati rakan kita dari Kelab Aspirasi turut baru mengadakan Karnival Sukan PMUKM di tapak padang berhampiran Kolej Tun Hussein Onn mulai semalam sehingga esok, 9 Januari.



Gabungan Mahasiswa menyambut baik usaha-usaha yang sedang giat dijalankan oleh rakan-rakan mahasiswa sekalian. GMUKM percaya dan yakin, melalui usaha yang bersungguh-sungguh dan diniatkan dengan tulus ikhlas akan berjaya mencapai matlamat akhir seorang mahasiswa yang ke universiti untuk bukan sekadar mendapat segulung ijazah, tetapi lebih daripada sejuta pengalaman melalui program-program yang dianjurkan sebegini.


Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !