Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, February 18, 2011

Apa peranan PMUKM ?


Berakhirnya Hari Penamaan Calon pada hari ini bermakna bermula sudah fasa berkempen kepada rakan-rakan mahasiswa lain untuk mengundi si calon. GMUKM melihat perihal ini adalah positif dan seharusnya memberi pujian kepada pihak pentadbiran yang berjaya mengadakan sidang penamaan calon tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak.

Berakhir Hari Penamaan juga bererti strategi dan langkah sudah perlu digerak. Fasa berkempen dan memberi penerangan perlu berjalan seiring. Elakkan provokasi kerana kita rakyat Malaysia, sudah sekian lama terkenal dengan adab-adab yang sopan lagi berakhlak.

Di sini GMUKM menyeru rakan-rakan mahasiswa agar berfikir sejenak, di manakah letaknya kedudukan mahasiswa UKM. Adakah semakin bertambah kualitinya, atau sekadar bertambah kuantitinya ..?

Tahun demi tahun; saban tahun kita lihat ranking kedudukan UKM akan lebih menurun berbanding menaik dalam sesetengah tahun.


Isu kualiti pendidikan seharusnya kita tidak pandang enteng, kerana kita adalah apa yang dicorakkan terhadap kita. Jika kedudukan Universiti sudah semakin jatuh, kita melihat peranan PMUKM yang berfungsi menaungi persatuan-persatuan mahasiswa di UKM ini, diperhalusi semula.

Tidak guna platform yang ada, dengan ruang dan peluang yang ada gagal dijelmakan di atas kertas realiti semasa. Mengapa kita hendak berbangga dengan pencapaian kajian itu dan ini, sedangkan kedudukan Universiti semakin keras dipertikaikan.

GMUKM tidak bermaksud untuk melakukan 'revolusi' atau 'reformasi' ke atas pentadbiran Universiti, tetapi di atas kapasiti kita mahasiswa, yang juga pelanggan utama bagi Universiti ini harus didengari suara kita. Dasar atau polisi-polisi yang hendak dilaksanakan perlu juga didengari oleh pemimpin mahasiswa. Dalam konteks kita di UKM, ia terletak di bahu PMUKM; khususnya di bahu Presiden PMUKM. Akan tetapi agak ralat jika kita memiliki sepasukan MPP bergelar Exco tetapi nyata gagal menjana daya keintelektualan ke dalam diri mahasiswa.

GMUKM banyak mendapat respon daripada mahasiswa yang menginginkan GMUKM memegang PMUKM, tetapi respon daripada kita di GMUKM, "nantikan saja PRK 2011 ini.." Itulah harapan di masa sama sasaran kita. Sasaran yang jelas tidak perlu takut untuk kita berharap. Cuma di peringkat GMUKM, kita khuatir semakin banyak taktik-taktik kotor akan dimainkan oleh pihak tertentu setelah Ketua Tempat Mengundi kini berpindah kepada kuasa Timbalan Dekan. Beberapa buah perubahan tersebut kita di GMUKM sambut dengan mesej yang jelas, "suara mahasiswa suara keramat."

Namun dalam pada itu, tiada apa yang perlu dikhuatiri sekiranya kita berada di pihak benar. Kita di GMUKM bersedia menawarkan dan akan mengotakannya sekiranya rakan-rakan bersatu menyokong kita dan menolak calon-calon sistem tersebut. Fikir GM, fikir perubahan. Ingat GM, ingat PMUKM!

Ber-GM Lebih Baik!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !