Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, February 12, 2011

mahasiswakah kalian?



Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa UKM yang menyertai piket isu-isu Mesir yang diadakan di Masjid UKM selepas solat jumaat semalam. Berbahagialah kerana kalian masih dikurniakan hati dan perasaan untuk turut bersama-sama kebangkitan dunia menentang penindasan dan kezaliman yang terpaksa dihadapi masyarakat Mesir di bawah pemerintahan Hosni Mubarak.

Pihak Gabungan mahasiswa sedikit kecewa dengan pendirian satu pihak yang mempertikai usaha kami dalam melahirkan mahasiswa yang cakna dengan semua isu berkaitan luar dan dalam kampus. Adakah mahasiswa yang diertikan oleh pihak ini, adalah mahasiswa yang hebat berpencak digelanggang sendiri,namun 'sayuq' di dunia realiti? Mahasiswa sekalian,kita bukan anak kecil yang memerhati dan menunggu untuk disuap.Kita adalah mahasiswa. Kita adalah penyampai suara rakyat,kita adalah agen perubahan! Jalankan tugas kita sebagai Mahasiswa,bukan seorang kanak-kanak.

Seorang mahasiswa itu bukanlah hanya mampu mengahadam segala persoalan diperingkat kampus,malah seharusnya membumi kedunia realiti. Jangan dipatahkan hasrat hati masyarakat yang menanti kita diluar sana. Sedarlah mahasiswa,jangan biarkan diri kita terus dilesukan oleh mereka-mereka yang berbangga dengan kehidupan lesu mereka.

~Ber-GM lebih baik~

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !