Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, February 13, 2011

Perubahan bilangan kerusi ?

Gabungan Mahasiswa UKM mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) yang bertindak menambah bilangan kerusi umum tahun 1/2 dan mengurangkan kerusi umum 3/4 secara tiba-tiba. Selain itu,pengurangan kerusi bagi kerusi fakulti tahun 1/2 bagi fakulti ekonomi dan perniagaan (FEP) dan penggabungan kerusi  tahun 1/2 dan 3/4 bagi fakulti pendidikan dengan hanya menawarkan hanya 1 kerusi..

Secara keseluruhan,kerusi yang dipertandingkan adalah:-

FST     - 2 kerusi tahun 1/2 dan 2 kerusi tahun 3/4
FEP     - 1 kerusi tahun1/2 dan 1 kerusi tahun 3/4
Fpend  - 1 kerusi bagi tahun 1/2 dan 3.4
Fkab  - 1 kerusi tahun 1/2 dan 1 kerusi 3/4
Fpi     - 1 kerusi tahun 1/2 dan 1 kerusi tahun 3/4
Fssk    - 2 kerusi tahun 1/2 dan 1 kerusi tahun 3/4
Ftsm   - 1 kerusi tahun 1/2 dan 3/4
Fuu     - 1 kerusi tahun 1/2 dan 3/4
Fgg     - 1 kerusi tahun 1/2 dan 3/4
Fper   - 1 kerusi tahun 1/2 dan 1 kerusi tahun 3/5
Ffar    - 1 kerusi tahun 1/2 dan 3/4
Fskb  - 1 kerusi tahun 1/2 dan 1 kerusi tahun 3/4
Siswazah -3 kerusi

Jumlah kerusi fakulti = 25 kerusi
Umum tahun 1/2 - 7 kerusi
Umum tahun 3/4 - 5 kerusi

Persoalan menjadi semakin memuncak kerana peserta tidak diberi penjelasan lanjut berkaitan perkara tersebut dengan alasan tidak cukup masa. Hal ini jelas menunjukkan ketidakrasionalan pihak JPMPP dalam menguruskan even besar mahasiswa ini. Seharusnya pihak JPMPP bertindak profesional kerana pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar merupakan salah satu even paling bermakna bagi mahasiswa dalam memilih pemimpin yang akan menyampaikan suara mahasiswa dikemudian hari.

Menurut sumber, iaitu pelajar yang menghadiri bengkel calon, mereka bukan sahaja diberi penjelasan secara ringkas dan laju,malah tidak dibenarkan bertanya soalan. Keadaan ini menyebabkan para peserta bengkel berada diawang-awangan tanpa bukti dan hujah yang kukuh dan jelas.

Pihak Gabungan Mahasiswa amat berharap pihak yang berwajib dapat menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama terhadap semua pihak. Penjelasan juga perlu diberikan agar pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada tahun ini lebih baik daripada tahun lepas,selain ia menunjukkan aras keprofesionalan pihak UKM.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !