Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, March 1, 2011

Blog PM-UKM berubah wajah!

SESUAI dengan status kini Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) sebagai pihak yang  memiliki untuk mentadbir, maka blog pm-ukm.blogspot.com yang selama ini digunakan untuk mewar-warkan aktiviti MPP GMUKM kini dinaiktaraf menjadi blog rasmi kepada semua ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (dulu dikenali sebagai Persatuan Mahasiswa UKM - PMUKM ).



dahulu



terbaru !


Dengan 'wajah baru' blog rasmi ahli MPM ini juga, kami di krew blog PM-UKM ini mengharapkan sokongan dan dokongan daripada rakan-rakan untuk sama-sama membantu ahli-ahli MPM yang kita telah setujui secara majoriti ini untuk kepentingan bersama. Untuk itu, kami selaku admin bagi blog rasmi ini ingin mewar-warkan emel rasmi bagi keseluruhan MPMUKM pada sesi kali ini ialah; mppmahasiswa@gmail.com . Sebarang berita atau kisah yang ingin dipaparkan di blog PM-UKM ini boleh dikirimkan ke emel tersebut. Manakala untuk sebarang aduan, komen, pandangan mahupun kritikan, boleh terus ke akaun Facebook kami di  MPM UKM 2010/2011

Mengakhiri kalam, nasihat kepada semua MPM yang baru mendapat amanah rakan-rakan, tidak kira daripada mana-mana pihak, apa yang lebih penting bagi kita kini adalah untuk menunaikan amanah yang telah diberi. Ketepikan sengketa yang berlaku sebelum ini kerana kita jelas ada misi dan visi yang lebih utama yang perlu diutamakan.


Bersama Merealisasi Varsiti !

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !