Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, March 24, 2011

Isu Pengangguran : Adakah salah bahasa Inggeris ?

Asssalamu'alaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan mahasiswa khususnya buat yang berada di UKM tidak kira kampus induk di Bangi, Cheras atau di Kuala Lumpur.

Sedikit penjelasan berkenaan isu-isu terkini mahasiswa, pergerakan MPM kita dapat kita ikuti terus di laman blog rasmi http://pm-ukm.blogspot.com . Bukan untuk membeza-bezakan antara pendokong GMUKM dengan ahli-ahli MPM yang diberi mandat dalam PRK lepas, jauh sekali GMUKM kini sudah berpecah sebagaimana suara-suara nakal di belakang yang berbunyi tersebut. Tetapi langkah ini disepakati demi mengekalkan status laman blog ini sebagai suara yang berterus menjalankan konsep semak-dan-imbang (check & balance) bagi ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM (MPM UKM) yang dilantik. Juga tidak perlu diingatkan berkali-kali bahawa suara Gabungan Mahasiswa UKM melalui laman blog rasmi ini adalah sentiasa bertindak sebagai suara mahasiswa; tidak kira siapa yang berada di MPM UKM selepas ini. Justeru itu, rakan-rakan mahasiswa tidak perlu bimbang dengan status GMUKM sama ada berada di bahagian yang menang atau kalah; yang penting harus diteruskan adalah sokongan dan dokongan anda buat Gabungan Mahasiswa UKM.

GMUKM kali ini cuba membawa pandang sisi kita untuk menjengah ke luar kampus UKM untuk membicarakan sedikit isu yang diperkatakan pertengahan bulan Februari yang lalu. Jika kita dapat baca dan lihat, semasa awal bulan ini kedapatan seorang Naib Canselor yang cuba memberikan pandangan beliau tentang situasi pengangguran dan kaitannya berkenaan penggunaan isu bahasa Inggeris di kalangan mahasiswa semasa ingin memohon pekerjaan.

Suatu surat pembaca telah dilayangkan kepada akhbar Berita Harian bertarikh 4 Mac yang lalu. 

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

ISU Naib Canselor Universiti Malaya (UM) mengagung-agungkan bahasa Inggeris hangat diperkatakan mutakhir ini.


Kemuncaknya pada 14 Februari lalu apabila beliau menegaskan apabila pelajar membuka mulut, tiada bahasa lain yang harus keluar kecuali bahasa Inggeris di mana-mana saja dan pada bila-bila masa.

Memorandum bantahan pelajar Akademi Pengajian Melayu sudah diserahkan kepada Naib Canselor pada 24 Februari lalu. Hingga hari ini gesaan supaya Naib Canselor memohon maaf dan menyatakan pendirian sebenar terhadap bahasa Melayu tidak mendapat maklum balas sewajarnya.

Anggapan Naib Canselor amat mudah seperti budak sekolah kerana langsung tidak bercirikan ilmiah. Bercakaplah bahasa Inggeris setiap masa untuk mudah dapat pekerjaan seterusnya meningkatkan ranking UM pada peringkat dunia.

Sudahlah dangkal pemikirannya sekali gus memperlekehkan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Mangsa ‘kambing hitam’ baginya ialah pelajar Akademi Pengajian Melayu (APM) dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) yang dilabel sebagai lemah bahasa Inggeris.

Paling mengecewakan pelajar adalah caranya yang tidak profesional.

Beliau memburukkan fakulti tertentu di hadapan pelajar fakulti lain dengan pertanyaan “Which one is the worst?” Sebagai bukti, apabila pembaca menaip Raising UM into the rank of top 100 Universities (Faculty of Science part 3) dalam laman video YouTube, dapat dilihat bagaimana pada minit 4.44 hingga 6.48, Naib Canselor UM merendah-rendahkan APM dan FSSS di khalayak pelajar Fakulti Sains.

Hal sama juga dibuatnya sehari sebelum itu di depan pelajar Fakulti Alam Bina iaitu pada 9 Februari lalu.

Persoalannya, jika benar masalah ramai pelajar menganggur datang daripada bidang berteraskan sastera, sains sosial dan kemanusiaan, mengapa dia hanya bercerita berdegar-degar hal itu di depan pelajar bidang lain pula?

Ibarat tidak puas hati dengan kucing membuang najis di halaman rumah, tetapi ayam pula yang dihambat! Adilkah begitu? Mana maruah kami? Kami juga membayar yuran pengajian dan modal insan penting untuk kemajuan negara.

Malaysia tidak akan maju dalam erti kata sebenar jika hanya bidang sains dan teknologi dimanjakan, tetapi bidang kami dianaktirikan.

Mohon Kementerian Pengajian Tinggi mengambil perhatian hal ini. Selain itu, tindakannya yang hanya memanggil pelajar Melayu daripada Pusat Sukan, Fakulti Undang-Undang dan Fakulti Pendidikan di depan Dewan Tunku Canselor (DTC) ketika ucapannya pada 14 Februari lalu seperti ada agenda mahu memalukan bangsa Melayu di depan pelajar bukan Melayu serta pelajar asing.


SISWA KECEWA,
Universiti Malaya

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Isu ini kemudian diulas oleh Prof. Abdullah Hassan dalam laman sosial Facebook beliau yang dapat kita ikuti di http://www.facebook.com/#!/profabdullah.



Juga sedikit data yang agak lama berkenaan isu pengangguran yang melibatkan mahasiswa-mahasiswi Universiti bagi tahun 2006.



Di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) isu bahasa Inggeris ini sebenarnya kurang tepat jika hendak diletakkan sebagai penyebab utama masalah pengangguran. Pelbagai lagi sebab kita dapat teliti dan menambahbaikkannya sebelum kita meletakkan sepenuhnya masalah pengangguran disebabkan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Juga sebagai makluman isu pengangguran di kalangan mahasiswa UKM juga sebenarnya telah dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi MPM UKM, dan sedang dalam proses menyediakan kertas kerja untuk diserahkan kepada pihak Universiti. 

Sebarang cadangan dan komen daripada kalangan bekas mahasiswa atau alumni UKM amat-amat dialu-alukan. Kita bersedia untuk bertukar-tukar pendapat demi mendapatkan suatu hasil pandang sisi yang praktikal.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !