Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 10, 2011

AKSIS Sokong PMUKM Anjur Program Kepimpinan

Program 1 Malaysia Leadership Youth Training anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) bakal berlangsung pada 10-12 Mei 2011 ini bertempat di Excel Training & Country Resort melibatkan wakil-wakil dari JAKSA, persatuan anak negeri, persatuan mahasiswa fakulti dan pertubuhan pelajar UKM seluruhnya. Program ini dilihat dapat membina jalinan hubungan yang baik sesama pimpinan mahasiswa yang berperanan besar dalam membangun masyarakat kampus selari dengan hasrat universiti.

Bercakap soal kepimpinan, ia melibatkan pengurusan organisasi. Sesebuah organisasi dapat terbentuk kerana dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti penyatuan visi dan misi serta tujuannya ditubuhkan.  Organisasi yang dianggap baik adalah organisasi yang dapat diakui keprofesionalannya dalam melaksanakan gerak kerja berkumpulan kerana setiap organisasi merupakan unit sosial yang terdiri daripada sekumpulan manusia yang akan saling bekerjasama dalam usaha untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Kefahaman yang mendalam berkaitan konsep organisasi juga sangat penting dalam melancarkan sesuatu gerak kerja pengurusan.

Mahasiswa pada hari ini sangat digalakkan untuk melibatkan diri dalam berorganisasi. Hal ini kerana dengan berorganisasi ia dapat  melahirkan keperibadian mahasiswa yang lebih efektif dan efisyen. Selain itu, apabila mahasiswa melibatkan diri dalam organisasi secara efektif, ianya dapat membantu dalam membentuk mahasiswa sebagai pemimpin yang memiliki keberanian, dapat mengendalikan diri, dan mampu berkomunikasi dengan baik. Nilai tambah inilah yang berharga yang tidak terdapat di bilik-bilik kuliah.

Kesimpulannya, kita sebagai mahasiswa hendaklah sentiasa terkehadapan dalam memimpin sesuatu organisasi. Berorganisasi di alam kampus merupakan medan latihan sebelum turun ke lapangan masyarakat. Pengalaman yang diperolehi sedikit sebanyak akan dapat membantu menyesuaikan diri bersama masyarakat nanti.

Tahniah diucapkan kepada PMUKM kerana menganjurkan program ini dan diharapkan program ini akan berjalan lancar dan dapat membantu mahasiswa dalam memantapkan lagi pengurusan organisasi nanti.

Nurhidayu Rosli
Pengerusi Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) UKM

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !