Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, June 22, 2011

Anak Muda Sayang Malaysia - Medium terkini suara anak muda

Anak Muda Sayang Malaysia - antara blog yang terkini dibina oleh sekumpulan anak muda yang sayang akan negara Malaysia. Blog tersebut, menurut pengendalinya antara lain merupakan salah satu kaedah kempen “Anak Muda Sayang Malaysia" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan anak muda dan juga kebolehan anak muda dalam mencorak masa depan Malaysia.

Pengendali laman blog tersebut, Mohd Yusof Hadhari, seorang mahasiswa dari UTM KL menyatakan bahawa “Anak Muda Sayang Malaysia” merupakan jenama yang hendak dibawa sebagai suara anak muda yang sayang akan negara di samping mempromosikan kepada dalam pelbagai bentuk inisiatif termasuk program-program belia yang telah dirancangkan.
Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (Gamis) mengesyorkan kepada persatuan dan kelab-kelab belia & anak muda agar memiliki media tersendiri untuk lontarkan pandangan dan kritikan kepada pemimpin negara. Pihak kerajaan pula seharusnya bersedia mendengar dan memberi ruang untuk anak muda bersama mencorak masa depan Negara.

Laman web “Anak Muda Sayang Malaysia” boleh diakses melalui www.anakmudakini.blogspot.com.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !