Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 3, 2011

Artikel Pilihan : Penangguhan pencuri masa sebenar

Manusia yang efektif amat mementingkan pengurusan masa yang cekap. Ia merupakan satu rutin kepada mereka sehingga mereka boleh berfungsi dengan efektif walaupun berada dalam tekanan. Walaubagaimanapun, ramai orang yang tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan sebahagian besar puncanya adalah daripada sikap suka bertangguh. Sebahagian besar memiliki sikap suka bertangguh yang kronik sehingga tidak mampu mencapai segala impian dalam kehidupan walaupun mereka mampu untuk mencapainya.

Mahasiswa yang cemerlang ialah mahasiswa yang mampu menguruskan masa dengan baik. Setiap daripada kita merupakan pemimpin kepada diri sendiri. Jika kita tidak pandai menguruskan diri sendiri, bagaimana kita hendak menguruskan manusia lain? Walaupun setiap daripada kita pandai merancang, namun sedikit sahaja yang mampu berdisiplin dan mengikut perancangan. Ketahuilah, barangsiapa yang hanya membuat perancangan adalah orang yang bermimpi. Barangsiapa yang hanya bekerja adalah hamba pekerjaan. Tetapi siapa yang bekerja menurut perancangan itulah orang yang memperoleh kemenangan.

Oleh itu, tips ringkas bagi mengatasi sikap ini adalah dengan;
i) menyedari bahawa anda sedang bertangguh,
ii) mengapa anda bertangguh dan
iii) mengambil inisiatif untuk mengatasinya.

Perlu juga diketahui, punca wujud sikap penangguhan dalam sebahagian besar mahasiswa adalah kerana anda memilih sesuatu yang mudah untuk dilakukan terlebih dahulu tanpa memikirkan tugas yang sepatutnya dilakukan tidak akan selesai jika berbuat demikian.

Menurut seorang profesor psikologi, Tim Pychyl, beliau mendapati sikap suka bertangguh ini amat berbahaya terhadap kesihatan seseorang. Mereka yang suka bertangguh amat mudah untuk diserang penyakit seperti insomnia, masalah perut, demam dan selesema. Oleh itu, mereka yang selalu sangat berasa tidak sihat, cuba teliti kembali bagaimana caranya anda mengurus masa.


Kenyataan ini logik apabila kita lihat situasi sewaktu menghampiri minggu peperiksaan. Kebanyakan mahasiswa yang mengambil keputusan untuk mengulangkaji pada saat-saat akhir dengan alasan mengelakkan lupa akan mudah mengalami masalah kesihatan. Rata-rata sahabat saya yang suka berjaga malam untuk mengulangkaji selalu menghadapi masalah insomnia, selesema, dan sakit kepala selepas itu. Perlu diketahui, malam disediakan untuk badan berehat sepenuhnya untuk membantu pembinaan sel-sel. Jika tidak digunakan sepenuhnya malam yang Allah sediakan untuk berehat, wujudlah mahasiswa yang lesu dan layu pada siangnya kerana menjadi burung hantu pada malamnya. Tidur tidak semestinya seperti bayi tetapi tidur yang berkualiti ialah tidur yang tanpa disinggahi mimpi atau igauan mengenai peperiksaan yang akan dihadapi.

Kesimpulannya, anda perlu belajar cara bagi mengatasi sikap suka bertangguh agar kesihatan badan, emosi dan pengurusan masa dapat dijaga.

Muslimah Marsi
Naib Presiden II (Hal Ehwal Siswi)
Persatuan Mahasiswa UKM

1 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !