Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, June 24, 2011

Dari Meja Ketua Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen UKM Kali Ke-39

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk mengepalai program kelas pertama kampus. Pesta konvokesyen adalah agenda tahunan universiti yang merupakan tanda penghargaan dan bagi meraikan kejayaan para graduan yang akan menerima segulung ijazah pada 24 September - 27 September 2011.

Tahniah kepada para graduan diatas kejayaan mereka setelah mengharungi dunia pembelajaran dengan penuh daya usaha, kegigihan dan kesabaran sehingga mereka berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup. Majlis ini merupakan titik permulaan bagi mereka menaburkan bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Bertemakan Apresiasi Melestari Kecemerlangan merupakan tema Pesta Konvokesyen Kali Ke-39 yang telah kami sepakati secara bersama. Mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompitens untuk kehidupan sejagat. Maka jelaslah tema pesta pada kali ini adalah merupakan pencerahan semula kepada maksud kecemerlangan graduan lantas ditonjolkan dalam bentuk penghargaan kepada kecemerlangan seorang graduan. Keberhasilan ini bertitik tolak daripada kesungguhan dan kemahuan mahasiswa/i untuk mencari nilai tambah pada diri mereka di dalam universiti demi mengutip mutiara pengalaman di kampus semasa menguruskan organisasi.

Nantikan program-program yang menarik sepanjang Pesta Konvo kali ke 39, kerana program pesta kali ini menampilkan 4 elemen penting yang bakal dipertontonkan iaitu teknologi, sukan, kebudayaan, intelek dan kerohanian serta kebajikan. Kami optimis dengan 4 elemen penting ini mampu menceriakan semua pengunjung yang datang ke tapak pesta. Pesta konvokesyen kali ini juga akan tetap terus mengutamkan perpaduan di UKM kerana entiti-entiti kaum yang terbesar di kampus dapat mewujudkan citrawarna yang pelbagai dalam konteks meningkatkan keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Akhir kata, Kami di peringkat Sekretariat Pesta Konvokeyen Ke-39 mengalu-alukan penglibatan anda semua dalam program-program yang bakal diadakan, mahupun dalam usaha menyumbang idea dan kritikan membina bagi menjayakan Pesta Konvokesyen pada bulan September yang akan datang.

Sekian, terima kasih


Mohd Faizal Bin Ahmad
Naib Presiden III PMUKM 10/11
Merangkap Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen Ke-39

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !