Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, June 19, 2011

Dokumen Harapan Baru Mahasiswa Malaysia

Pada 19 hb Jun yang lalu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Selangor (YS) dengan kerjasama Kolej Dar Al-Hikmah (KDH) telah mengadakan Himpunan Mahasiswa Selangor dan Pelancaran Bakti Siswa Perdana Negeri Selangor 2011 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Konvesnyen Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang.

Himpunan tersebut dimulakan dengan ucapan dari Ketua-ketua Delegasi Mahasiswa Selangor iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI), Kelab Rakan Siswa Islam Malaysia ( KARISMA), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK). Seterusnya diadakan Pra-Dialog Mahasiswa Selangor yang bertajuk “Menyingkap Tabir Kebangkitan” bersama YBhg Datuk Idris Jauzi, Mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia ,Encik Muzakkir Mohd Noor, Naib Presiden PEPIAS sebagai Moderator. Tidak lupa juga penyampaian Puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan juga M.S Effendi sewaktu sarapan pagi.

Walaubagaimanapun, dalam perhimpunan ini juga terdapat acara persidangan yang bertajuk “Dokumen Harapan Baru : Aspirasi & Amanah Mahasiswa”. Ahli panelnya terdiri dari beberapa perwakilan mahasiswa IPT-IPT iaitu Mohd Syahid Mohd Zaini merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Farid Zuhri Ismail merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara, Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim merupakan perwakilan dari Exco Pendidikan PKPIM dan juga Afiq Asyraf Soepirman merupakan perwakilan dari UniRAZAK sebagai moderator.

Penutupan himpunan tersebut diakhiri dengan ucapan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor iaitu YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim dan seterusnya merasmikan pelancaran “Bakti Siswa Perdana Negeri Selangor 2011″ serta penyerahan “Dokumen Harapan Baru” kepada beliau.

Selepas minum petang, sidang majlis bersurai dan telah berakhir pada jam 5.30 petang.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !