Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, June 26, 2011

Sekretariat Pesta Konvokesyen Mengorak Langkah

Pesta Konvokesyen yang diadakan saban tahun sekali lagi kembali pada tahun ini sempena Majlis Konvokesyen Mahasiswa UKM pada 24 - 27 September 2011. Bertemakan 'Apresiasi Melestari Kecemerlangan' untuk sambutan Pesta Konvokesyen pada kali ini, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Kali ke-39 pada tahun ini yang telah berjaya memulakan kerja-kerja persiapan Pesta Konvokesyen sedari awal bulan Mei lalu.

Merujuk kepada kenyataan sulung daripada Ketua Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 pada kali ini, beliau telah menghuraikan tema sambutan Pesta Konvokesyen pada kali ini kepada, "Mahasiswa yang hebat dan cemerlang bukan sahaja lahir daripada bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah semata-mata, bahkan mereka juga lahir daripada lapangan kemasyarakatan. Segala ilmu yang diperolehi di dalam kampus haruslah diintergrasikan kepada masyarakat setempat yang memerlukan pimpinan yang fleksibel dan kompeten untuk kehidupan sejagat."

Tema pesta konvokesyen yang dipilih pada kali ini menurut beliau, adalah merupakan pencerahan semula kepada maksud kecemerlangan graduan lantas ditonjolkan dalam bentuk penghargaan kepada kecemerlangan seorang graduan. Keberhasilan ini bertitik tolak daripada kesungguhan dan kemahuan mahasiswa/i untuk mencari nilai tambah pada diri mereka di dalam universiti demi mengutip mutiara pengalaman di kampus semasa menguruskan organisasi.

Beliau juga telah menambah, program sambutan pesta konvokesyen pada kali ini menampilkan bakal empat (4) elemen penting yang bakal dipertontonkan iaitu teknologi, sukan, kebudayaan, intelek dan kerohanian serta kebajikan. Di barisan eksekutif pelaksana amat optimis dengan 4 elemen penting ini mampu menarik dan menceriakan semua pengunjung yang datang ke tapak pesta berbanding sambutan sebelum-sebelum ini.

Dari segi persiapan dan mobilasi AJK yang terlibat, Perkampungan Ahli Jawatankuasa Dasar (AJKD) baru sahaja bermula pada 13 Jun 2011 yang lalu dan bakal tamat pada 13 Ogos 2011. Pada peringkat kini, beberapa bengkel sedang dianjurkan antaranya Bengkel Pemasaran dan Bengkel Komunikasi Korporat bagi memantapkan lagi kemahiran inter-personal para AJKD. Selain menjalani latihan kerja melalui bengkel, latihan spiritual dan jasmani juga turut dititikberatkan melalui slot ceramah dan rekreasi.

Pada kesempatan yang terluang, beberapa aktiviti riadah yang tidak kurang menarik seperti 'sharing moment' dan aktiviti bersenaman beramai-ramai AJKD juga diadakan selepas tamat tugasan harian dan pada hujung minggu.






Apa yang dilihat, persiapan bagi sambutan Pesta Konvokesyen UKM pada kali ini sedikit sebanyak telah berjaya merealisasikan kesinambungan kerjasama dengan pelbagai organisasi korporat terkemuka di seluruh negara. Kerjasama yang dimeterai dari segi perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah bagi membolehkan Pesta Konvokesyen dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya. Selain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan imej universiti di mata masyarakat tempatan sebagai sebuah universiti yang mampu melahirkan para intelektual berdedikasi, berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !