Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, July 5, 2011

Sejarah Pilihanraya Malaysia -Siri 1



Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang berkaitan dengan pilihan raya adalah dipanggil "psefologi".

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Cara ia dijalankan bergantung pada jenis pemerintahan sama ada pemerintahan republik, persekutuan ataupun beraja.

Di kebanyakan negara yang mengamalkan sistem politik demokrasi, beberapa jenis pilihan raya boleh didapati, bergantung kepada lapisan pemerintahan atau sempadan geografi.

Antara jenis pilihanraya yang biasa ditemui adalah:
  • Pemilihan Presiden
  • Pilihan raya umum
  • Pilihan raya utama
  • Pilihan raya parti
  • Pilihan raya kecil
Undang-Undang Pilihan Raya di Malaysia
Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di Malaysia. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:
  • Perlembagaan Persekutuan;
  • Perlembagaan Negeri;
  • Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
  • Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;
  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


Bingkisan Proses Pilihan Raya di Malaysia
Selepas peristiwa Perang Dunia II berakhir pada tahun 1945, dan diikuti dengan pengunduran Tentera Jepun dari Tanah Melayu, banyak parti politik telah ditubuhkan oleh rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Tujuan utama parti-parti politik ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan/Negeri sekaligus membawa suara dan aspirasi hasrat rakyat.

Rentetan sejarah proses pilihan raya umum yang telah berlangsung di Tanah Melayu / Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Pilihan raya umum 1955
  2. Pilihan raya umum 1959 (pertama)
  3. Pilihan raya umum 1964 (ke-2)
  4. Pilihan raya umum 1969 (ke-3)
  5. Pilihan raya umum 1974 (ke-4)
  6. Pilihan raya umum 1978 (ke-5)
  7. Pilihan raya umum 1982 (ke-6)
  8. Pilihan raya umum 1986 (ke-7)
  9. Pilihan raya umum 1990 (ke-8)
  10. Pilihan raya umum 1995 (ke-9)
  11. Pilihan raya umum 1999 (ke-10)
  12. Pilihan raya umum 2004 (ke-11)
  13. Pilihan raya umum 2008 (ke-12)

Rujukan:

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !