Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, July 21, 2011

Terkini berita dari Bangi

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berbesar hati dengan gerak kerja Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM Ke-39 yang kini semakin agresif dalam menjalankan kerja-kerja mempromosikan program tahunan yang sungguh bermakna buat mahasiswa UKM.

Pada hari minggu yang lalu, bersamaan 17 Julai 2011 (Ahad) bertempat di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi telah diadakan sebuah program yang diberi nama 'Hari Masyarakat Prihatin' yang bertujuan meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Banyak aktiviti yang bersifat mesra masyarakat terutamanya dalam meraikan golongan kurang upaya seperti kanak-kanak sindrome down dan anak-anak yatim telah diadakan seawal 8 pagi hingga ke lewat petang.


Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti yang berjaya merapatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk Bandar Baru Bangi turut dijalankan. Antaranya seperti senam robik, pertandingan mewarna, sukaneka, explorace bersama anak-anak yatim, sukan rakyat dan sebagainya.

Di peringkat GMUKM, kita sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagikepada seluruh Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM ke-39 yang sentiasa komited dalam menjalankan gerak kerja tanpa melupakan agenda kemasyarakatan.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil oleh lensa kamera pihak penganjur.





Kredit MPM Muslimah

Untuk makluman juga, informasi terbaru berkenaan aktiviti Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM ke-39 dapat kita perolehi di laman sesawang rasmi Pesta Konvokesyen di http://ukm.my/pkonvo39




Aduan Pencerobohan Di Blok Siswi
Juga terbaru sebagaimana yang diumumkan oleh pihak PMUKM di laman blog rasmi mereka, berkenaan isu pencerobohan orang asing di bilik pelajar wanita sebagaimana yang ditimbulkan di Facebook, pihak PMUKM telah menghantar satu laporan secara rasmi kepada Pegawai Keselamatan UKM di Wisma Aman.


Saudara Mohd Abdullah Bin Mohamed Yusoff selaku Timbalan Presiden PMUKM dalam menjelaskan perkara ini telah berkata, "Saya telah hantarnya kepada pegawai dan pegawai tersebut menasihatkan semua warga UKM supaya waspada dan berhati-hati. Dan sekiranya terdapat sebarang masalah boleh hubungi talian 24 jam pegawai keselamata di nombor 03-89214666/444 (Pejabat Keselamatan ) atau di talian 0389215074 ( Pondok Utama Pegawai Keselamatan )

Dalam kesempatan tersebut juga, saudara Mohd Abdullah memaklumkan perkhabaran berita yang menggembirakan seluruh mahasiswa UKM.

Saya juga sempat berbincang dan bertanyakan pandangan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM berkaitan hal keselamatan siswa/i ini. Beliau,( Dato Hassan Basri ) ada mengutarakan satu idea yang menarik yang saya rasa boleh dipertimbangkan oleh PMUKM, iaitu projek 'low cost CCTV'. Dengan kemudahan internet yang canggih sekarang dan ilmu tentang teknologi yang pesat sekarang mungkin ramai mahasiswa dapat mencipta satu alat yang lebih murah yang boleh menggantikan CCTV. Setidak-tidaknya mahasiswa/i dapat mengembangkan potensi disamping membantu warga kampus lain,” ujar saudara Mohd Abdullah.

Tahniah Buat Semua Bakal Mahasiswa
Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam pada itu turut mengucapkan tahniah walaupun agak terlewat kepada 41,267 orang bakal mahasiswa IPT yang baru sahaja ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi Sesi Akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bakal membuka sesi pengajiannya awal bulan September nanti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon. (Kosmo 15 Julai 2011)

GMUKM di kesempatan ini turut ingin menasihati bakal mahasiswa terutama yang akan menyambung pengajian di UKM pada bulan 9 nanti untuk membuat persediaan yang rapi terutamanya dari sudut mental dan fizikal; khususnya buat lepasan matrikulasi dengan merujuk kepada rakan-rakan yang senior dan telah melanjutkan pelajaran di universiti.

Elakkan diri berasa bangga dan selesa dengan kejayaan ini. Seeloknya kejayaan ini diiringitautan tasbih kesyukuran di samping bingkisan doa agar langkah-langkah seterusnya di menara gading ini akan kekal di perjalanannya.

Semoga maju jaya buat semua !


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !