Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, September 9, 2011

Isu Hangat Di Kolej Yang Sengaja Ditutupi

Kekecewaan GMUKM terhadap Minggu Mesra Pelajar (MMP) pada kali ini telah ditambah dengan beberapa buah perkhabaran oleh mahasiswa baru sendiri yang telah memaklumkan kepada Exco PMUKM melalui beberapa buah Perkhidmatan Pesanan Ringkas (Short Messaging Services - SMS).

Antara SMS yang sempat dikongsikan di kesempatan ini;

(a) " Tkut ttiggl brg kt blik.Pth blk kang kna mrh dgn kkk pc..Muke dh le xpnh snyum. Snyum kn xprlu kta ap2.. =) " [ Takut tertinggal barang dekat bilik(kolej). Patah balik karang kena marah dengan kakak PC. Muka dah la tak pernah senyum. Senyum kan tak perlu kata apa2 ] --> merujuk kepada sikap Pemudah Cara yang gagal berfungsi memudahkan cara proses orientasi, sebaliknya terlalu terbawa-bawa dengan sikap yang tidak profesional

(b) " btol ke orientasi ukm cani? u lain Xde cani. mcm bdk2 pn ader " [Betul ke orientasi UKM macam ini. Universiti lain tak ada macam ini. Macam budak-budak pun ada] --> merujuk kepada perjalanan MMP yang dilihat kebudak-budakan khususnya semasa berada di kolej.

(c) " abh komplen, nape kena mnta duit yuran lg. byr duit kelab mende lg? kelab asprsi ni kena masuk ke? awl2 dah kena pksa isi borag asprsi. tak phm lerr" [ Abah complaint, kenapa kena minta duit (tambahan) yuran algi. Bayar duit (untuk) kelab apa lagi? Kelab Aspirasi ni kena masuk (daftar) ke? Awal-awal sudah kena paksa isi borang (daftar) Aspirasi. Tak faham ler " --> merujuk kepada jarum-jarum doktrinisasi Aspirasi untuk masuk Aspirasi. Sedangkan Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar belum lagi bermula.

Perkara Pokok Yang Telah Terjadi
Berpuluh-puluh SMS yang diterima Exco PMUKM pada kali ini rata-rata mendapati pada kali ini lebih banyak isu persiapan teknikal ditimbulkan. Khususnya dalam isu barang-barang yang perlu diterima mahasiswa baru UKM telah tidak mencukupi untuk semua mahasiswa yang baru mendaftar.

Daripada maklumat, isu barangan MMP yang tidak cukup berpunca daripada pihak atas pentadbiran UKM. Bagaimanapun yang lebih dikesali apabila isu ini gagal ditangani oleh pentadbiran sebaliknya dialihkan kepada isu lawatan PMUKM ke kolej-kolej.

Ironinya, proses MMP pada tahun ini bukanlah yang pertama kali diadakan. Khususnya berkenaan pihak pentabiran yang menuding jari ke pihak yang lain nyata amat-amat dikesali oleh Gabungan Mahasiswa (GMUKM)

Yuran Tambahan Kolej Kediaman
Daripada maklumat yang diperoleh juga memaklumkan bahawa terdapat segelintir pihak kolej kediaman yang mengenakan yuran-yuran tambahan seperti yuran aktiviti kolej pada hari pendaftaran kolej kelmarin, 07 September.

Daripada maklumat daripada Unit Pengurusan Perumahan (UPP), maklumat yang diperoleh secara lsan mengatakan semua yuran telah dikenakan perlu segera bayar di kaunter ATM. Sekiranya pihak kolej ingin mengenakan bayaran yuran tambahan, ia perlulah melalui proses yang sama bayar di ATM, dan bukannya mudah-mudah dikutip oleh orang sebarangan.

Juga berkenaan Yuran JAKSA yang dikenakan terhadap mahasiswa yang mendaftar masuk, berikut merupakan maklumat secara lisan berkenaan perincian Yuran JAKSA secara umum.

Aktiviti JAKSA : RM 30.00
Jamuan Tahunan : RM 20.00
Kebajikan : RM 10.00
T-Shirt MMP : RM 16.00
Bilik Sumber : RM 20.00
Kad Kolej : RM 4.00
JUMLAH RM 100.00

Isu Cheers Bukti Kepincangan Maklumat
GMUKM melalui PMUKM secara tetap menyatakan pendirian melahirkan kekecewaan apabila gagal mendapat sebarang tempat untuk dikunjungi. Sudahlah di saat-saat akhir, Sekretariat Pesta Konvokesyen juga dihalang daripada mempromosi Pesta Konvokesyen dan pencarian AJK Pelaksana untuk program Pesta yang bakal berlangsung dalam tempoh kurang daripada 2 minggu sahaja lagi .

Pertemuan Presiden & MT PMUKM bersama-sama Timbalan Naib Canselori (GMUKM) juga bakal diadakan sesudah dokumentasi supaya menjadi peringatan dan harapan untuk kita lebih berhati-hati dalam berhujah.

Isu 'cheers' yang baru ditimbulkan dikira mendatangkan imej yang buruk terhadap JAKSA itu sendiri sedangkan Naib Canselor sentiasa mengingatkan warga untuk segera menyediakan diri menjadi pengkaji-pengkaji ilmu sains tulen atau sains kemasyarakatan.

GMUKM kehairanan apabila terdapat segelintir kolej kediaman yang bersungguh-sungguh telah menyediakan slot untuk Aspirasi berucap sedangkan PMUKM yang diterajui calon GMUKM terus menerus dinafikan hak.

Ayuh kita segarkan minda kita dengan percambahan ilmu  bersama.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti 

5 comments:

nHfRa86 said...

geram sungguh bile bace post ni, xhbs2 aspirasi nk buat hal, memalukan ukm jer...

iejan behs said...

teruskan perjuangan

Zahratunnur said...

apa masalahnya mereka ni??sampai nak buat mcm 2 pada adik2..mereka dtg untuk menimba ilmu dan bukannya untuk bersukaria..dan seharusnya diterapkan dengan ilmu dan alam varsiti..bukan dengan jenaka kebudak-budakkan..bagi pihak PMUKM kali ini kami ex-ukm 2008/2011 menyokong kalian..=)

Hilman Idham said...

Hidup mahasiswa!!!!
ops.. itu pun cheer kan?
sungguh Minda Mundur juga GMUKM jerit2 menyalak macam PC ASPIRASSI ajar Budak2 Kolej...
Sama je level pemikiran ASPIRASI dan GMUKM rupanya...

muin said...

aku nak like komen ko hilman seratus kali blh tak?

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !