Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Saturday, September 10, 2011

Pembongkaran situasi sebenar di kolej

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) terpaksa mengambil tindakan mendedahkan ketidakadilan layanan dan penafian hak yang berlaku ke atas MPP GMUKM dan lebih penting di peringkat mahasiswa yang baru mendaftar tengah minggu ini.

Laporan ini merupakan antara sebilangan kecil maklumat-maklumat yang telah dikumpul dan sudah berada di tangan kami sebagai bukti dan akan didokumentasikan bersama-sama laporan pemantauan oleh Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) dan bakal dibawa ke peringkat Naib Canselor dan Lembaga Pengurusan Universiti (LPU).

Pendedahan berikut juga sebagai bukti GMUKM tidak bermain-main dan sangat serius membawa masalah-masalah yang berlaku sepanjang Minggu Pendaftaran & Pengenalan Bulan Mesra Pelajar Sesi 2011-2012 yang akan menjadi rujukan dan 'benchmark' prestasi Pemudah Cara Kolej dan Pusat.

(a) Kolej Ibrahim Yaakob (KIY) : Exco Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), saudari Noraini bt Jumahir yang juga merupakan Pengerusi Biro Perpaduan & Kemasyarakatan telah dihalang masuk oleh pengurus kolej tanpa alasan yang konkrit. Walhal kedudukan MPP untuk masuk melawat dan memantau perjalanan proses pendaftaran mahasiswa baru telah diperoleh secara bertulis.

(b) Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) : Saudari Mardhiah bt Kamarudin, ahli Biro Kebajikan & Aduan telah ditengking di hadapan khalayak umum oleh seorang PC Kolej, Shazni yang juga merupakan bekas calon Aspirasi tetapi tewas di dalam Pemilihan MPP yang lalu. Tindakan yang memalukan dan mencemarkan nama baik kolej kediaman dan UKM sendiri serta batang tubuh saudari Mardhiah itu sendiri dilihat lebih cubaan sabotaj dan bersifat dendam.

(c) Di KPZ juga pada hari kedua, daripada maklumat mahasiswa baru sendiri memaklumkan mereka telah di'brainwash' habis-habisan oleh pihak PC kolej, pengurus dan pengetua kolej.

PC Disiplin Kolej telah memaki dan mengherdik sebilangan pelajar lelaki dan perempuan semasa mereka melakukan 'spot check' dalam beg pelajar-pelajar. Ini kerana semata-mata mereka telah mengambil 'pamplet' dan risalah rasmi PMUKM.

Pengetua Kolej, PM Dr Ahmad Sunawari Long pula dalam ucapannya sebelum itu terang-terangan telah berkempen untuk mahasiswa baru mendaftar dalam Aspirasi. Turut dijemput seorang setiausaha politik kepada seorang menteri untuk memberikan ucapan berbau nasionalime kepada mahasiswa baru.

Maklumat terperinci selanjutnya berkenaan kolej-kolej yang lain bakal menyusul. Daripada SMS-SMS yang diterima oleh Exco Kebajikan & Aduan, saudara Izzuddin  sedang mengumpul dan bakal dibawa ke peringkat Naib Canselor.

ALUMNI PC HARAM
Maklumat lain daripada PC-PC kolej yang bersimpati dengan MPP GMUKM juga memaklumkan bahawa mereka dipaksa oleh alumni PC kolej untuk berbuat demikian. 

Alumni-alumni berkenaan yang telah kita peroleh maklumat awal telah menyamar sebagai PC haram dan sebenarnya tidak pernah diiktiraf JPPel dan pihak kolej sendiri telah mencetuskan konflik di antara Ketua PC Kolej dan ketua alumni tersebut.

Maklumat sahih mengatakan antara kolej yang mempunyai alumni yang sering menekan PC-PC kolej yang sah kini adalah di Kolej Burhanuddin Helmi (KBH), Kolej Ibrahim Yaakob (KIY), Kolej Keris Mas (KKM) dan Kolej Pendeta Za'ba (KPZ). 

Juga maklumat mengatakan ada di antara MPP Aspirasi yang menetap secara haram seperti di Kolej Rahim Kajai (KRK) cuba campur tangan dalam PC kolej walaupun tidak disenangi barisan PC kolej itu sendiri.

GMUKM melahirkan kekesalan di atas tindakan kebudak-budakkan yang jelas membodohkan diri sendiri. GMUKM juga menyeru lebih ramai PC kolej dan pusat untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Exco Kebajikan & Aduan, saudara Izzuddin berkenaan ketidakadilan dan konspirasi mensabotaj PMUKM pada sesi kali ini.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti !

1 comments:

ayu aziz said...

setiap tahun most of the story KPZ...
time pilihanraya pon KPZ...

yang baru mungkin teruja..
tapi yang dah betahun kat KPZ~~~

what a story....~

ha ha ha ha

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !