Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, September 19, 2011

Pengerusi GMUKM : Ayuh Sertai Persatuan Pelajar

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) berbesar hati menyeru dan mengajak rakan-rakan mahasiswa UKM untuk bersama-sama turun ke Pusanika sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) yang dijadualkan berlangsung 19 - 23 September 2011.

Dengan lebih 120 buah persatuan mahasiswa termasuk persatuan-persatuan anak negeri (PAN), persatuan-persatuan mahasiswa fakulti (PMF), urusetia-urusetia Rakan HEPA, pertubuhan-pertubuhan khusus dan tidak ketinggalan persatuan-persatuan di bawah PMUKM, maka di sinilah ruang untuk rakan-rakan menyertai persatuan-persatuan terbabit secara rasmi.

Juga bertepatan dengan tema kepimpinan PMUKM pada sesi kali ini, "Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti" maka Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) komited mengajak untuk bersama-sama rakan-rakan mahasiswa dalam menjaya dan merealisasi cita-cita varsiti tercinta ini.

Antara mekanisme paling mudah untuk mengotakannya adalah melalui penyertaan rakan-rakan di dalam persatuan-persatuan di UKM selari dengan perutusan Naib Presiden 3 (Kolej, Fakulti & Anak Negeri) saudara Faizal Ahmad yang menyebut berkenaan kegiatan berpersatuan ini akan menjadi wadah menggilap bakat kepimpinan kelak.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) juga di kesempatan ini juga menyeru rakan-rakan khususnya di kalangan mahasiswa tahun satu untuk tidak bimbang berkenaan kekangan menyertai kelab persatuan kerana setiap persatuan adalah dijamin untuk dinilai dalam markah kokurikulum melalui Kontrak Pembelajaran (Learning Contract).

Melalui prosedur baru pemarkahan kokurikulum, setiap pembabitan mahasiswa di dalam sebarang aktiviti berkumpulan adalah layak dinilai dan dianugerahkan jam kredit mengikut kesesuaian.

Maka dengan itu, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) mengulangi sekali lagi seruan untuk ramai-ramai mahasiswa untuk ke Pusanika sepanjang minggu ini untuk mendaftarkan diri di dalam pertubuhan / persatuan-persatuan pelajar.

Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti


AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD AZAM
Pengerusi Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM)
 Tarikh :  19 September 2011

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !